Wednesday 14 May 2014

Drama Korea : EMPRESS KI



Permulaan cerita adalah pertemuan antara Sungyang (future empress Ki) dengan Wang Yu (Future king Goryeo). Sewaktu itu Sungyang dan ibunya hendak dihantar untuk dijadikan gundik atau palace maid ke Mongol. Wang Yu yang kecil berasa sangat bersalah sebab dia yang bakal raja tidak mampu berbuat apa-apa pada rakyatnya. Dia berasa sangat tidak berdaya. Dan pertemuan berakhir dengan Wang Yu melepaskan banduan. Tapi malangnya dengan cara dia melepaskan banduan, semua banduan mati dipanah oleh tentera Mongol. Dan Sungyang menyaksikan sendiri emaknya mati dalam tangan Tangqishi. Dendam Sungyang mahu membunuh Tangqishi  dengan tangannya sendiri. Dan Sungyang menyamar menjadi lelaki bertujuan melindungi dirinya daripada dihantar ke Mongol. Dia menjadi hamba di rumah Wang Go, bapa saudara Wang Yu. Dia belajar seni mempertahankan diri dan bekerja dengan Wang Go dalam penyeludupan garam.

Kemudian pertemuan Ki Sungyang dengan Ta-Hwan (bakal raja). Ta-Hwan dihantar ke Mongol kononnya ada urusan dengan Raja Goryeo. Padahal sebenarnya dia kena halau keluar dari istana oleh El Temor (menteri) dan Queen Dowanger. Waktu tu adik Ta-Hwan (raja waktu tu) dalam keadaan sakit. Tujuan mereka sebenarnya nak rancang pembunuhan Ta-Hwan supaya Ta-Hwan tak boleh mewarisi takhta sekiranya adik dia mati. Waktu ni lah kenal Tal Tal dengan Baek Khan. First, aku ingat dorang ni alang-alang bodoh. Dan serius waktu ni aku tak minat pun nak tahu pasal Tal Tal. Ki Sungyang dan pasukan bapa dia bertugas untuk melindungi Ta-Hwan ni. Yelah, kalau Ta-Hwan mati, dorang lah kena disalahkan sebab Ta-Hwan mati kat tanah dorang kan. Macam-macam usaha El Temur untuk membunuh Ta-Hwan. Ayah Sungyang kena tangkap waktu ni. Dipotong lidah, butakan mata dan pekakkan telinga. Sedih sangat situasi ni sebab Ki Sungyang baru saja berjumpa dengan ayah dia.

Kesedihan Ki Sungyang bertambah apabila ayahnya dituduh berniat untuk membunuh Ta-Hwan. Dan Ta-Hwan yang telah banyak dibantu oleh Ki Sungyang menjadi pengkhianat dengan menuduh ayah Ki Sungyang sebagai pembunuh. Sedihnya Ki Sungyang sebab dia berhempas pulas menyelamatkan Ta-Hwan tetapi akhirnya dia dibalas dengan tuba. Waktu tu semua orang tak tahu yang Ki Taho tu ayah Ki Sungyang.

Kenapa Ta-Hwan mengkhianati Ki Sungyang?? Sebab kuasa El Temur sangatlah besar. Sampaikan dua raja mati kat dalam tangan dia. Ta-Hwan sangat takut dengan El-Temur. Ta-Hwan melutut dan merayu pada El Temur supaya selamatkan dia. Lindungi dia. Dia sanggup jadi boneka untuk El Temur. Dan El Temur bersetuju. Dengan syarat dia kena kahwin dengan puteri El Temur bernama Tanashiri. Kemudian ayah Ki Sungyang mati kat dalam tangan Ki Sungyang. Dan Ki Sungyang dibawa ke Mongol untuk dijadikan sida. Dan Wang Yu dibawa ke Mongol untuk dijadikan tahanan.

Siapa orang pertama tahu Ki Sungyang tu perempuan? Nama dia Tangqishi. Sebab Tangqishi mudah mengenal jenis perempuan. Dan Tangqishi jatuh hati pada Ki Sungyang. Tapi of course lah tak berbalas sebab Tangqishi kan pembunuh mak Ki Sungyang. Ki Sungyang dibawa ke istana Mongol untuk dijadikan palace maid. Disinilah Ki Sungyang dan Ta-Hwan berjumpa. Waktu ni Ta-Hwan dah jadi Raja Mongol. Setelah mengkhianati Ki Sungyang, rasa bersalah tu selalu menghantui Ta-Hwan. Dia selalu terkenang Ki Sungyang.

Kemudian bermulalah pergolakan untuk merampas kuasa dari El Temur. El Temus, Tangqishi dan adik mereka Queen Tanashiri sangatlah jahat dan melampau. Kehilangan lagi sekali yang membuatkan Ki Sungyang bertekad untuk bangkit dan meninggalkan Wang Yu demi nak membalas dendam. Dia menjadi gundik atas pertolongan Tal Tal dan Baek Khan. Bila dah lihat kebijaksanaan Tal Tal, aku sudah mula jatuh hati. Tak tahan!!!!

Selepas kejatuhan El Temur, muncul pula masalah new Queen bernama Bayan. Dan kumpulan lebih kurang mafia lah sebab aku lupa dah dorang panggil apa. Mereka semua ni merancang nak jatuhkan Ta-Hwan yang lembik tu. Tapi untung Ta-Hwan sebab dia ada Baek Khan yang mempunyai darah Khan yang kuat. Demi melindungi rajanya. Kematian Baek Khan yang sangat menyayat hati. Dengan tangan Tal Tal sendiri dia membunuh Baek Khan. Sebab Baek Khan waktu tu dah jadi macam El Temur. Just lain sikit je. El Temur dengan raja-raja sekali dia pijak. Tapi ni Ta-Hwan dia sayang. Memang sedih gila Tal Tal. Bapa saudara yang dia kagumi okey. Kemana saja mesti mereka berdua. Tal Tal sudah nampak perubahan Baek Khan. Dan dia masih ingat lagi pesanan Baek Khan dulu "Tal Tal, sekiranya kau nampak aku buta kerana kuasa, bunuhlah aku. Aku tak mahu mati dalam buta kuasa".

Waktu ni aku

Wahhh!!! aku menangis.....cerita ni buat mata aku esok bangun pagi sudah bengkak dah. Memang tak menyesal bila tengok cerita hasil lakonan Ha Ji Won. Dia memang tak pernah mengecewakan dengan hasil lakonannya. Dan apa yang aku paling kagum adalah ending dia. Memang rasa sedikit kecewa tapi aku suka. Dan antara dalam cerita ni, aku paling suka Tal Tal. Masa awal scene aku ingat dia ni bodoh-bodoh alang tapi rupanya dia bijak. Cuma dia masih tak mampu menewaskan fikiran Sungyang.

Cerita ini sebenarnya berkisar tentang seorang perempuan Goryeo era (Korea), yang semasa kecil kematian emaknya sewaktu dalam perjalanan untuk ke Mongol untuk dijadikan maid palace atau gundik. Dia membesar menjadi seorang perempuan yang kuat. Disebabkan negara Mongol sangat inginkan perempuan, Sungyang terpaksa menyamar jadi lelaki dan belajar seni ilmu mempertahankan diri.

Cerita antara percintaan Sungyang yang pertama dengan bakal raja Goryeo yang dibawa kenegara Mongol. Bagaimana cerita dan kisah mereka yang berakhir dengan tragik. Dan cerita antara Sungyang dengan Ta-Hwan iaitu raja Mongol yang lembap dan pengecut tu.

Kalau nak tanya aku, aku suka kisah percintaan yang mana satu? Aku pilih Ta-Hwan walaupun sebenarnya Ta-Hwan buta kerana cinta. Aku suka Ta-Hwan sebab dia mampu bangkit menjadi seorang lelaki yang gagah. Ending percintaan mereka juga amat sedih. Dan kesetian Ta-Hwan telah membuatkan Sungyang jatuh cinta.

Sungyang ada cara mencintai kedua-dua lelaki ini. Dan cinta dia untuk kedua-dua lelaki ini adalah sangat unik. Ending part paling aku suka sebab scene ditepi pantai, dua ekor kuda yang dinaiki oleh Ta-Hwan dan Wang Yu. Sungyang tak pilih mana-mana pun. Dia berdiri di tengah-tengah dan aku tafsirkan cinta Sungyang untuk kedua-dua orang yang dia sayang adalah sama.

p/s : Sebenarnya part naik kuda dekat tepi pantai ni ada pada awal cerita. Dan Sungyang memilih Ta-Hwan. Tengoklah, pasti tak menyesal walaupun air mata laju je mengalir. Huhu.....(^_^)