Saturday 28 June 2014

Cerita Aku : ~TIRED DAY~


Dalam rumah aku sekarang ada 3 orang adik dan aku rasa aku yang selalu buat kerja tanpa henti. Hari Isnin hingga Jumaat, aku bersyukur sangat sebab adik aku masakkan. Kadang-kadang aku tak sampai hati, aku join sekali tolong masak. Tapi bila hujung minggu selalu aku yang akan ambil full-time job memasak. Penat tau tak. Tambah-tanbah hari Khamis and Jumaat minggu ni kena pergi beli barang. Berat beg laptop aku tu dah sama berat dengan bawa budak 3 tahun dekat belakang aku tau. Penat sangat!!!!

Aku ni bukan jenis yang reti nak meluah atau bercakap. Aku jenis diam dan melepaskan marah aku senyap-senyap. Pagi tadi, tak teman aku pergi beli barang. Serius, aku tak kisah pun pasal itu. Aku dengan rela hati kot. Tapi bila aku balik, tak ada siapa pun mahu cakap "Kakak, mari kami buat. Akak dah pergi beli barang, biar kami pula basuh ikan dan ayam". Kalau aku dengar macam tu, tak akan pernah aku rasa pendam perasaan macam ni sekali. Yang seorang masih lagi tidur. Masih buat tak peduli. Yang sorang lagi kata "Akak, nak tolong apa?". Memang taklah aku sampai hati nak cakap, "meh tolong aku basuh ikan"....

Aku bukanlah orang yang berkira sangat itu dan ini. Aku berharap ada yang memahami. Aku tahu aku ni jenis yang tak reti nak cakap apa yang aku rasa. Yang menderita sebenarnya aku dan mereka juga. Ayat nak comfort aku sebenarnya sikit sangat. Tak susah pun. Aku nak mereka reti dan memahami membahagikan tugas dengan menggunakan akal mereka. Bukan aku kena main suruh itu dan ini. Sendiri fikir kot. Masing-masing dah besar. Aku penat bukannya apa sebenarnya, aku penat fisikal, penat emosi (sebab dalam otak aku asyik berperang antara rasa bersalah dan rasa marah, rasa merajuk, rasa menjeruk perasaan).

Fuhh (-_-)!.....dah lepas pun perasaan....