Wednesday 29 October 2014

Drama Korea : Warrior Baek Dong Soo


Lagi sekali drama korea bergenre history dan ancient time, menangis. Hehe...aku bukanlah peminat tulus dan mulus drama korea saja ok!!! Kalau Malaysia ada drama pendekar, pasti aku mengupdate cerita dia kat sini. Yang dulu-dulu punya cerita, susah benar nak cari. Almaklumlah waktu cerita pendekar di tayangkan, zaman tu bukanlah zaman dihujung jari sangat pun. Sekarang jea lain sikit. Hehehe....Aku marathon cerita ni hari Sabtu dan Ahad. Cerita ni ada 29 episod, so sekejap jea kalau berdedikasi pada cerita ni. Kenapa aku tertarik dengan cerita ni? Sebab, aku terjumpa Yoo Seung Ho. Dia kan hensem, siapalah yang tergoda dengan muka dia. Tambah-tambah dalam cerita ni dia jadi misteri dan sedikit jahat dan baik dalam waktu yang sama.

Cerita bermula dengan kematian Baek Sa Goeng kerana menggatikan kesalahan Crown Prince Sado yang merosakkan tugu perjanjian antara Joseon dan Kerajaan Qing. Waktu inilah lima orang sahabat ni mula mati seorang demi seorang. Baek Sa Goeng ada meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung. Demi melindungi bakal anaknya, isteri Baek Sa Goeng ni menahan kandungannya sehinnga 10 bulan lebih. Dan sewaktu melahirkan anaknya, isterinya mati dan tulang badan anaknya tidak sempurna sebab terlalu lam berada dalam kandungan. Tapi malangnya mereka ditangkap kerana pada era Joseon, kalau suami dikatakan cuba memberontak, anak dan isteri juga kena mati. Oleh sebab dikatakan bersubahat, Sword Saint, Kim Gwang Taek ditangkap dan akan dipancung. Tapi terselamat oleh Crown Prince Sado. Tapi anak kecil Baek Sa Goeng kena mati. Oleh kerana, sword saint ni seorang yang setia pada persahabatan dan janji, dia sanggup dipotong tangannya sebelah kiri demi nyawa anak itu. Kim Gwang Taek mengembara dengan anak kecil ni dan dia telah diganggu oleh Lord Human dari kumpulan assasin Heoksa Chorong. Tetapi dia diselamatkan oleh kekasih lamanya yang juga dari Heoksa Chorong Lord Earth bernama Ga Ok. Dan waktu itulah Sword Saint kehilangan si kecil Baek Dong So dan membuat hidup sword saint menderita kehilangan dan fikirnya si kecil Baek Dong So telah mati. Padahal sewaktu kejadian, Baek Dong So telah diselamatkan oleh Hwang Jin Gi dan diberikan pada Sa Mo juga salah seorang daripada sahabat berlima tu. Baek Dong So dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Sa Mo. Sa Mo tak dapat nak berhubung dengan Gwang Taek sebab dia tak tahu dimana Gwant Taek berada.

Inilah mereka berempat yang menjadi sahabat masa kecil dulu. Dari kiri si Baek Dong So, Yoo Ji Sun, Hwang Jin Ju dan Yeo Un. Wajah mereka waktu kecil dan besar dah macam seiras. Mereka bertemu waktu ini dan kemudian berpisah. Waktu ni Baek Dong So tak boleh bergerak seluruh badannya tanpa kepingan buluh yang diikat pada badannya. Kemudian disebabkan oleh kebakaran dalam pondok kecil, Baek Dong So selamatkan Hwang Jin Ju dan dia mampu bergerak. Waktu inilah Baek Dong So tahu takdir itu boleh diatasi.

Kedatangan Yeo Un tidak menyenangkan Dong So. Sebab Dong So cemburu dengan kepakaran Yeo Un dan ini membuatkan dia merasa tercabar dengan mengatakan "Dia sama umur denganku, kenapa dia boleh tapi tidak aku". Dan ketika inilah Yeo Un mengajak berkawan. Sungguh sweet tapi biasalah Dong So ni, eksyen sikit. Hehehe...Mari bercerita watak seorang demi seorang ya!

Ini Baek Dong So. Berjiwa nakal dan mempunyai semangat yang tinggi. Orang pertama yang dia nak menang adalah Yeo Un. Dia belajar seni mempertahankan diri juga kerana Yeo Un. Bagi dia Yeo Un adalah saingannya. Tapi setiap berlawan dengan Yeo Un juga dia tak pernah menang. Sehingga akhir nyawa Yeo Un, Don So sebenarnya masih kalah di tangan Yeo Un walaupun waktu tu Yeo Un mati ditangan Dong So. Nak tahu sebab apa? Tengok sendiri dan nilai. Dia berjaya mewarisi ilmu seni lawan daripada gurunya iaitu Sword Saint dan watak dia waktu dia dah berjaya mewarisi ilmu tu dah berubah 100%. Sunnguh aku rindu watak sebelumnya. Dong So memang tidak berputus asa dengan Yeo Un. Dia mahu Yeo Un kembali kepada yang dulu. Sehingga dia pegang bahu Yeo Un dan berkata "kalau nak bagi aku berputus asa, itu hanya selepas kau membunuh aku ".  Dan Yeo Un terkesan dengan kata-kata Dong So. Kehidupan Dong So agak menyedihkan sebab dia kehilangan orang yang dia sayang satu persatu dan orang yang paling dia sayang adalah Yeo Un.

Inilah si hensem Yeo Un. Dan sekali lagi drama air mata sebab dia mempunyai watak yang kesian. Dari kecil ayahnya tidak menyukainya kerana mengatakan dia mempunyai takdir untuk membunuh. Padahal semuanya itu adalah karut belaka. Dia joint dengan Lord Sky dari Heoksa Chorong. Orang pertama yang dia perlu bunuh adalah ayahnya tapi ayahnya membunuh diri depan Yeo Un dengan mengatakan biarlah aku menjadi orang pertama dan terakhir yang dibunuh sambil ayah Yeo Un memegang mukanya. Sebenarnya Yeo Un bukanlah mahu nak membunuh orang tapi dia sudah terlajak masuk kumpulan Heoksa Chorong dan dengan niat untuk dijadikan pelapis menggatikana Lord Sky. Dia mahu kembali semula kepada kawan-kawannya tapi dia tidak boleh. Kalau dia kembali, orang yang dia sayang akan terbunuh. Cara yang dia boleh kembali ke pangkal jalan adalah dengan menjadi Lord Sky sendiri dan melupuskan sendiri kumpulan Heoksa Chorong. Bagi aku, Yeo Un sebenarnya paling menderita sebab dia perlu menaggung semua kebencian kawan yang dia sayang terutama Dong So. Dia ingin kembali ke pangkal jalan juga kerana Dong So. Tetapi.....

Ini tiga sekawan. Yang aku tak cerita tadi tu Yang Cho Rip. Aku tak berapa minat tapi dia punca kenapa Yeo Un mati. Tapi sebenarnya Yang Cho Rip terpaksa walaupun dia tak mahu sebenarnya.

Ini legend lah. Sampai akhir tak tahu siapa yang kuat sebenarnya. Seorang assasin dan seorang lagi hero. Dua orang ni suka pada perempuan yang sama bernama Ga Ok. Mereka juga mempunyai anak yang sama bernama Hwang Jin Ju walaupun sebenarnya Hwang Jin Ju anak Ga Ok dan Kim Gwang Taek. Lord Sky mati kerana ingin menyelamatkan Jin Ju. Mula-mula dia berlawan dengan Dong So kemudian Yeo Un dan kemudian dia mati dipanah oleh bekas Lord Human.

Ini juga kawan-kawan Dong So dan Yeo Un dan Chi Rip. Mereka bertiga ini ditugaskan melindungi Crown Prince heir. Ada satu kejadian Yeo Un diberi tugas untuk membunuh mereka nie. Ini mebuatkan hati Yeo Un terluka kerana dia perlu membunuh kawannya sendiri. Kemudian, selepas geng Heoksa Chorong tak ada, dia dengan segera menyelamatkan tiga orang ni semalaman. Dan mereka selamat.

Dan terakhir, aku belanja gambar saat akhir kematian Yeo Un. Sebelum kejadian ni, Yeo Un memang dah bersedia nak tinggalkan Heoksa Chorong dan mukanya ceria sangat yang dia boleh kembali kepada kawannya. Tapi disebabkan kejadian Cho Rip kena tikam oleh puak Heoksa Chorong, dan Cho Rip mengatakan Heoksa Chorong takkan terhapus kalau Yeo Un tak mati. Aku lihat muka Yeo Un kecewa. Setelah pelbagai usaha dia buat, dia terpaksa mati dan dia memilih untuk mati ditangan Baek Dong So sahabat dia sayang. Saat akhir, Yeo Un berkata kepada Dong So, "Dia akan berjumpa dengan Sword Saint dan Crown Prince Sado untuk meminta maaf dan akan berlutut. Jangan terluka dan bersedih hanya kerana orang macam aku." sambil dia menepuk badan Dong So.

Dan sehingga akhirnya senyuman Dong So penuh terluka dan ada pahitnya. Dia minum arak dan dia terbayang Yeo Un berada disebelahnya sambil tersenyum. Senyuman yang paling ikhlas. Senyuman seseorang yang sudah melepaskan beban yang sangat berat. Senyuman seorang yang bebas dan tidak terikat dengan beban. Sewaktu Yoo Ji Sun bertanya kenapa minum arak seorang diri, rindu dia ke? Baek Dong So menjawab "ya aku rindu dia sangat. Setiap kali aku minum arak untuk melupakan dia, aku akan teringat dia lagi. Dan setiap kali aku teringat dia, aku akan menuang arak dan minum. Dan aku teringat dia lagi"

Tengoklah cerita ni. Tak rugi. Tambah-tambah setiap bahagian ada lagu yang kena pada tempatnya. Lagunya semua best. Penuh makna dan sedih. Aku tengok cerita ni macam aku tengok Naruto. Baek Dong So jadi Naruto. Yeo Un jadi Sasuke. Hehe.....

Thursday 23 October 2014

Drama Korea : QUEEN SEON DEOK



First aku tengok, tau apa aku rasa. Aku rasa macam  nak stop. Serius cerita mula-mula sangatlah bosan. Tapi aku gagahkan juga. Sebab aku tak tahu dah kalau aku stop tengok cerita ni aku nak tengok cerita apa walaupun sebenarnya aku  mempunyai list cerita korea yang perlu ditonton sangatlah panjang. Ni listnya aku lampirkan.

Banyak kan? Lepas tu, jalan cerita dia mula mengembang. Dan serius, rasa best tu pun bermula. Sambil tengok cerita ni, aku akan menyelam untuk baca history Queen Seon Deok samada cerita dia lari daripada sejarah atau tak. Ya tak banyak lari tapi permulaan cerita tu, ada ditokok tambah. Biasalah dah namanya cerita. Mana best kalau ikut sejarah straight sangat kan.


Kisah ini bermula dengan cita-cita besar seorang perempuan bernama Lady Mishil untuk menjadi seorang permaisuri. Dia menguasai tiga orang raja. Dan selepas dia mentahktakan King Jinpyeong, dia sudah mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Dan juga dia mempunyai suami, kekasih dan dua orang anak. Sebenarnya ada lagi seorang anak hasil dengan King Jinji. Tapi dia tak mengaku anak. Putera Hyeonjong namanya. Dan aku tabik Lady Mishil ni walaupun dia seorang yang agak kejam, tapi dia adalah seorang perancang yang bagi aku sangat hebat. Dan ternyata King Jinpyeong dan Princess Cheonmyeong kembar si Deokman (bakal Queen Seon Deok) tidak mampu menandingi kebijaksanaan dia. Dan orang yang menjadi pesaing dengannya adalah Deokman. Aku suka dengan sifat tenang dia. Dan aku susah nak baca apa yang dia fikirkan. Memang watak dia terbaiklah.


Ini Deokman semasa kecil. Dia dengan Sohwa (orang gaji permaisuri) hidup di padang pasir. Dia seorang yang bijak dan berjiwa bebas. Dan disinilah mereka berjumpa dengan Chilsuk, bodyguard Lady Mishil. Chilsuk tidak pulang kepangkuan Lady Mishil demi nak menyempurnakan tugasnya. Dan dia mencari Sohwa di merata tempat sehinggalah dia berjumpa dengan mereka di padang pasir. Aku rasa sempadan antara Silla dan China. Chilsuk dapat tahu yang Deokman adalah kembar yang dia cari selama ini dan ingin membawa pulang Deokman kepada Lady Mishil. Tapi tak berjaya dan dia ditikam oleh Sohwa. Tu pun tak mati lagi bila dia memburu Deokman dan Sohwa dipadang pasir. Dan disinilah Deokman menyaksikan kematian Sohwa ditelan oleh pasir jerlus. Pada waktu itulah datang ribut pasir dan mereka terpisah.

Selepas kematian ibunya, Deokman berangkat pergi ke Silla untuk mencari Munno. Pada sangkanya, Munno adalah ayah kandungnya yang telah mengabaikan ibunya. Demi mencari identiti diri, dia mengembara berseorangan ke sana.

Dan pada waktu inilah Deokman berjumpa dengan Kim Yushin dan kakak kembarnya Princess Cheonmyeong (gambar diatas little Cheonmyeong). Dia berjumpa dengan Princess Cheonmyeong sebab kakaknya ni juga nak berjumpa Munno. Sebab dikatakan dia mempunyai kuasa untuk menjatuhkan Lady Mishil. Dan waktu inilah Deokman menyedarkan Princess Cheonmyeong yang untuk berjaya, perlu melakukan sesuatu. Akhirnya Kim Yushin dan Deokman pergi keistana. Deokman diserap masuk dalam Hwarang (macam tentera) bawah pimpinan Kim Yushin. Waktu ni semua orang sangka Deokman ni seorang lelaki. Hanya Kim Yushin je tahu dia ni perempuan.

Dan akhirnya Deokman membesar dan banyak kejadian yang berlaku sehingga dia berjumpa Bidam dan Munno. Waktu ni, Deokman tak tahu guru Bidam ni Munno. Bidam adalah seorang yang agak nakal dan terlalu naif. Tapi dia seorang yang suka pada darah. Tapi gurunya, Munno ni seorang yang agak garang dengan Bidam. Sehinngalah Bidam ambil keputusan untuk membantu Deokman. Waktu ni Bidam tak kenal siapa Deokman ni.

Deokman dan Yushin ni saling bercinta tapi disebabkan demi membalas dendam kematian Princess Cheonmyeong, Deokman ambil keputusan untuk menjadi seorang raja. Demi mengejar cita-cita menjadi seorang raja, Deokman terpaksa melepaskan cintanya. Semuanya kerana dia ingin mengejar cita-citanya dan menumpaskan Lady Mishil. Nama panggilan sudah ditukar kepada formal. Hanya seorang saja masih melayan Deokman seperti biasa iaitu Bidam.

Antara semua watak ni, aku paling kesian pada Bidam. Dia seorang yang sangat naif bagi aku. Dan kerana kenaifan dia, dia telah dipergunakan. Masa kecil dia telah membunuh beberapa puluh orang tapi dia telah dilayan dingin oleh gurunya kerana hal ini. Guru dia tak terangkan pun perbuatan ini salah. Kemudian dia dapat tahu yang ibunya adalah Lady Mishil dan King Jinji. Kerana ini, dia berniat mahu menjatuhkan Lady Mishil sebab mengabaikan dia. Tetapi sehinnga saat kematian, Lady Mishil tetap tidak mengaku anak dan meninggalkan kata-kata yang menghantui hidupnya dan mahu Bidam mengambil takhta.

Kemudian dalam sedar dan tidak sedar, Bidam telah mula mencintai Deokman. Serius aku sebenarnya tak dapat baca watak Bidam. Dia ada sifat "evilness" dalam diri tapi dalam masa yang seorang yang kesian sebenarnya dan pecinta. Sehingga saat akhir, aku berasa sangat kesian pada dia. Dia selalu diabaikan oleh orang yang dia sayang sehingga dia hilang kepercayaan pada Deokman yang sangat-sangat mempercayainya. Dan akhirnya dia menerima nasibnya dengan terbuka dan dia tahu dirinya salah.

Kata Deokman pada Yushin, dia tak tahu apa perasaan dia pada Bidam. Dia tak tahu apa-apa pasal Bidam tetapi niatnya untuk turun takhta dan menghabiskan hari-harinya bersama Bidam adalah ikhlas. Sehingga ke hembus nafas terakhir, Bidam menyebut Deokman...Deokman....(dia tak sebut Her Highness seperti orang lain). Sehingga akhirnya Bidam adalah paling kesian. Deokman ada berkata "Mudahnya kepercayaan itu dikhianati". Dan aku menangis jea dan aku rasa tak berapa puas endingnya sebab Deokman tak boleh pegang Bidam sebab Deokman adalah raja. Tapi bolehlah sebab lepas Deokman bercakap pasal kesatuan, Deokman rebah berhampiran dengan Bidam dan dia sempat melihat Bidam sebelum dia pengsan.

Deokman ada bercakap dekat Bidam, dia sangat rindukan orang menyebut namanya Deokman. Dan bila Bidam cakap dia boleh panggil nama Deokman, Deokman cakap tak boleh sebab itu menandakan ingin memberontak. Sebab raja semua orang akan panggil Her Highness. Naif kan Bidam. Deokman cakap orang yang paling akhir panggil nama dia Deokman sebelum dia menjadi raja adalah Bidam dan dia sangat menghargainya. Dan sebelum Deokman menghembuskan nafasnya yang terakhir, orang yang terakhir panggil namanya Deokman tetap juga Bidam. Tidak Yushin. Deokman tersenyum apabila Yushin menyampaikan apa yang dicakap oleh Bidam sebelum kematian Bidam. (sebab Deokman tak dengar, dia berada sedikit jauh dari Bidam)

Tengoklah....tak rugi pun. Rugi air mata jea. Hehe....aku nak habiskan menulis cerita ni pun dah beberapa kali sebak.

Tuesday 14 October 2014

Cerita Aku : HASIL ADVANCE SLIM


Ceit, penipu jea Advance Slim ni. Orangnya pun dah lama tak update status kat facebook. Nampak sangat bohongnya. Tahu kenapa aku cakap dia bohong? Sebab, aku selalu jea nak pergi toilet angkara makan benda nie. Macam makan Teh Orang Kampung. Tak kurus-kurus pun. So, jangan nak percaya ea. Jangan sesekali percaya. Lepas tu aku rasa dia banyak bubuh pewarna. Terang benar warna dia. Means, tidak bagus untuk buah pinggang anda ok. Hehehe....