Thursday 23 October 2014

Drama Korea : QUEEN SEON DEOK



First aku tengok, tau apa aku rasa. Aku rasa macam  nak stop. Serius cerita mula-mula sangatlah bosan. Tapi aku gagahkan juga. Sebab aku tak tahu dah kalau aku stop tengok cerita ni aku nak tengok cerita apa walaupun sebenarnya aku  mempunyai list cerita korea yang perlu ditonton sangatlah panjang. Ni listnya aku lampirkan.

Banyak kan? Lepas tu, jalan cerita dia mula mengembang. Dan serius, rasa best tu pun bermula. Sambil tengok cerita ni, aku akan menyelam untuk baca history Queen Seon Deok samada cerita dia lari daripada sejarah atau tak. Ya tak banyak lari tapi permulaan cerita tu, ada ditokok tambah. Biasalah dah namanya cerita. Mana best kalau ikut sejarah straight sangat kan.


Kisah ini bermula dengan cita-cita besar seorang perempuan bernama Lady Mishil untuk menjadi seorang permaisuri. Dia menguasai tiga orang raja. Dan selepas dia mentahktakan King Jinpyeong, dia sudah mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Dan juga dia mempunyai suami, kekasih dan dua orang anak. Sebenarnya ada lagi seorang anak hasil dengan King Jinji. Tapi dia tak mengaku anak. Putera Hyeonjong namanya. Dan aku tabik Lady Mishil ni walaupun dia seorang yang agak kejam, tapi dia adalah seorang perancang yang bagi aku sangat hebat. Dan ternyata King Jinpyeong dan Princess Cheonmyeong kembar si Deokman (bakal Queen Seon Deok) tidak mampu menandingi kebijaksanaan dia. Dan orang yang menjadi pesaing dengannya adalah Deokman. Aku suka dengan sifat tenang dia. Dan aku susah nak baca apa yang dia fikirkan. Memang watak dia terbaiklah.


Ini Deokman semasa kecil. Dia dengan Sohwa (orang gaji permaisuri) hidup di padang pasir. Dia seorang yang bijak dan berjiwa bebas. Dan disinilah mereka berjumpa dengan Chilsuk, bodyguard Lady Mishil. Chilsuk tidak pulang kepangkuan Lady Mishil demi nak menyempurnakan tugasnya. Dan dia mencari Sohwa di merata tempat sehinggalah dia berjumpa dengan mereka di padang pasir. Aku rasa sempadan antara Silla dan China. Chilsuk dapat tahu yang Deokman adalah kembar yang dia cari selama ini dan ingin membawa pulang Deokman kepada Lady Mishil. Tapi tak berjaya dan dia ditikam oleh Sohwa. Tu pun tak mati lagi bila dia memburu Deokman dan Sohwa dipadang pasir. Dan disinilah Deokman menyaksikan kematian Sohwa ditelan oleh pasir jerlus. Pada waktu itulah datang ribut pasir dan mereka terpisah.

Selepas kematian ibunya, Deokman berangkat pergi ke Silla untuk mencari Munno. Pada sangkanya, Munno adalah ayah kandungnya yang telah mengabaikan ibunya. Demi mencari identiti diri, dia mengembara berseorangan ke sana.

Dan pada waktu inilah Deokman berjumpa dengan Kim Yushin dan kakak kembarnya Princess Cheonmyeong (gambar diatas little Cheonmyeong). Dia berjumpa dengan Princess Cheonmyeong sebab kakaknya ni juga nak berjumpa Munno. Sebab dikatakan dia mempunyai kuasa untuk menjatuhkan Lady Mishil. Dan waktu inilah Deokman menyedarkan Princess Cheonmyeong yang untuk berjaya, perlu melakukan sesuatu. Akhirnya Kim Yushin dan Deokman pergi keistana. Deokman diserap masuk dalam Hwarang (macam tentera) bawah pimpinan Kim Yushin. Waktu ni semua orang sangka Deokman ni seorang lelaki. Hanya Kim Yushin je tahu dia ni perempuan.

Dan akhirnya Deokman membesar dan banyak kejadian yang berlaku sehingga dia berjumpa Bidam dan Munno. Waktu ni, Deokman tak tahu guru Bidam ni Munno. Bidam adalah seorang yang agak nakal dan terlalu naif. Tapi dia seorang yang suka pada darah. Tapi gurunya, Munno ni seorang yang agak garang dengan Bidam. Sehinngalah Bidam ambil keputusan untuk membantu Deokman. Waktu ni Bidam tak kenal siapa Deokman ni.

Deokman dan Yushin ni saling bercinta tapi disebabkan demi membalas dendam kematian Princess Cheonmyeong, Deokman ambil keputusan untuk menjadi seorang raja. Demi mengejar cita-cita menjadi seorang raja, Deokman terpaksa melepaskan cintanya. Semuanya kerana dia ingin mengejar cita-citanya dan menumpaskan Lady Mishil. Nama panggilan sudah ditukar kepada formal. Hanya seorang saja masih melayan Deokman seperti biasa iaitu Bidam.

Antara semua watak ni, aku paling kesian pada Bidam. Dia seorang yang sangat naif bagi aku. Dan kerana kenaifan dia, dia telah dipergunakan. Masa kecil dia telah membunuh beberapa puluh orang tapi dia telah dilayan dingin oleh gurunya kerana hal ini. Guru dia tak terangkan pun perbuatan ini salah. Kemudian dia dapat tahu yang ibunya adalah Lady Mishil dan King Jinji. Kerana ini, dia berniat mahu menjatuhkan Lady Mishil sebab mengabaikan dia. Tetapi sehinnga saat kematian, Lady Mishil tetap tidak mengaku anak dan meninggalkan kata-kata yang menghantui hidupnya dan mahu Bidam mengambil takhta.

Kemudian dalam sedar dan tidak sedar, Bidam telah mula mencintai Deokman. Serius aku sebenarnya tak dapat baca watak Bidam. Dia ada sifat "evilness" dalam diri tapi dalam masa yang seorang yang kesian sebenarnya dan pecinta. Sehingga saat akhir, aku berasa sangat kesian pada dia. Dia selalu diabaikan oleh orang yang dia sayang sehingga dia hilang kepercayaan pada Deokman yang sangat-sangat mempercayainya. Dan akhirnya dia menerima nasibnya dengan terbuka dan dia tahu dirinya salah.

Kata Deokman pada Yushin, dia tak tahu apa perasaan dia pada Bidam. Dia tak tahu apa-apa pasal Bidam tetapi niatnya untuk turun takhta dan menghabiskan hari-harinya bersama Bidam adalah ikhlas. Sehingga ke hembus nafas terakhir, Bidam menyebut Deokman...Deokman....(dia tak sebut Her Highness seperti orang lain). Sehingga akhirnya Bidam adalah paling kesian. Deokman ada berkata "Mudahnya kepercayaan itu dikhianati". Dan aku menangis jea dan aku rasa tak berapa puas endingnya sebab Deokman tak boleh pegang Bidam sebab Deokman adalah raja. Tapi bolehlah sebab lepas Deokman bercakap pasal kesatuan, Deokman rebah berhampiran dengan Bidam dan dia sempat melihat Bidam sebelum dia pengsan.

Deokman ada bercakap dekat Bidam, dia sangat rindukan orang menyebut namanya Deokman. Dan bila Bidam cakap dia boleh panggil nama Deokman, Deokman cakap tak boleh sebab itu menandakan ingin memberontak. Sebab raja semua orang akan panggil Her Highness. Naif kan Bidam. Deokman cakap orang yang paling akhir panggil nama dia Deokman sebelum dia menjadi raja adalah Bidam dan dia sangat menghargainya. Dan sebelum Deokman menghembuskan nafasnya yang terakhir, orang yang terakhir panggil namanya Deokman tetap juga Bidam. Tidak Yushin. Deokman tersenyum apabila Yushin menyampaikan apa yang dicakap oleh Bidam sebelum kematian Bidam. (sebab Deokman tak dengar, dia berada sedikit jauh dari Bidam)

Tengoklah....tak rugi pun. Rugi air mata jea. Hehe....aku nak habiskan menulis cerita ni pun dah beberapa kali sebak.

No comments:

Post a Comment