Tuesday 27 January 2015

DRAMA KOREA : That Winter, The Wind Blows


Cerita ni tak banyak babak. Hanya berkisar tentang Oh Soo yang telah ditinggalkan dibawah pokok semasa kecil. Seorang penjudi bersama dengan kawannya bernama Park Jin Sung. Dia seorang yang memang tak harapkan apa-apa dari hidup. Selagi dia boleh hidup, dia akan berusaha untuk hidup walaupun nyawanya terancam. Kemudian secara tak sengaja dia terjumpa Oh Young yang sedang mencari abangnya yang juga bernama Oh Soo. Dari sinilah hidup baru Oh Soo bermula. Bagaimana dia kena bertanggungjawab dengan Oh Young sehingga berjumpa dengan abang kandungnya yang juga kawan Oh Soo. Tapi dalam kejadian ni, Oh Soo abang Oh Young mati kemalangan sewaktu ikut berlari bersama dengan Oh Soo (penjudi) ni dan mati depan matanya. Dalam waktu yang sama, Oh Young juga berada di tempat kejadian dan berkejar untuk mendapatkan teksi setelah mendapat khabar ayahnya sudah tiada.


Ni namanya Oh Young. Cantik kan dia. Pandai gila dia berlakon jadi buta. Memang dia jadikan matanya malap tanpa cahaya. Kenal tak dia pernah berlakon cerita apa? Cerita Full House yang dengan Rain. Orang yang selalu mahu nak mati dan tak percaya pada orang sekelilingnya. Sebab dia buta.Tapi bila dia jumpa abang dia (palsu), dia menjadi seorang yang ceria. Tapi dia selalu minta nak mati dekat Oh Soo ni. Mungkin sebab dia tak sanggup nak hidup dah kot. Tapi dia ada tumor.

Nak dekat ending, Oh Young dah tahu yang Oh Soo ni bukan apa dia. Siap lagi tak nak berjumpa dengan Oh Soo. Oh Young halau Oh Soo keluar daripada rumah tu berbekalkan duit yang Oh Soo perlukan untuk melepaskan dirinya daripada pemburuan lintah darat. Tapi dia tak ambil duit tu sebab dia dah mula insaf dah. Oh Young  jalani pembedahan dan endingnya dia boleh nampak-nampak walaupun kabur. Bolehlahh....

Cantik tak gelang yang Oh Soo pakai? Yang ni dihadiahkan oleh Oh Young. Ada loceng.


Comel kan Oh Young? Aku tengok dia macam rabbit pun ada. Hahaha.....


Ni dekat atas bumbung. Kawan Oh Soo tikam dia. Memang waktu tu aku pun terkejut. Sebab kawan dia ni pernah cakap, walau macam mana keadaan pun dia takkan pernah mengkhianati kawannya yang dia anggap sebagai kawan. Tetapi disebabkan dia nak menyelamatkan keluarga dia, dia terpaksa tikam kawan dia sendiri. Memang sedih lah part ni. Sebab Oh Soo tak salahkan kawan dia. 

No comments:

Post a Comment