Thursday 28 August 2014

Cerita Aku : MH370 DAN MH17 ADA AGENDA TERSEMBUNYI OLEH AMERIKA DAN ISRAEL


Ini Cerita Aku...

Tak pernah ke kita terfikir sebenarnya rancangan kehilangan MH370 dan kemusnahan MH17 ada agenda tersembunyi oleh pihak yang lebih "berkuasa"? Seperti perancangan Israel menawan Palestin. Masa yang diambil bertahun, tetapi secara halus dan tanpa kita sedar. Begitu juga aku rasa berkenaan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Siapa yang tidak tahu yang MAS sudah kepersada dunia ni? Kalau Air Asia itu lainlah kan. MAS syarikat besar. Bukan sebarangan. Tetapi setelah dua kali negara kita ditimpa musibah yang bertimpa-timpa ini, mampukah pihak MAS bertahan? Mula-mula lumpuhkan ekonomi MAS. Kemudian? Apa lagi? Musnahkan Menara Petronas? KL Tower? Nauzubillahminzalik....semoga Allah jauhkan musibah yang lagi teruk ini.

Seperti perancangan Portugis menawan Melaka. Perancangan mereka bertahun dan sedikit-sedikit mereka merisik pentadbiran Melaka. Bila sudah siap perapian, barulah Melaka diserang. Tidak takutkah kita? Musuh dalam selimut ini sebenarnya ada di mana-mana. Kita saja pura-pura tidak sedar akan keberadaan musuh dalam selimut ini. Amerika ini musuh yang licik. Perancangannya sangat rapi. Tetapi depan muka kita, pijak semut pun takkan pernah mati. Yalah, kan kita penentang tegar Israel. Manakala, Amerika penyokong tegar Israel. Manalah tahu Amerika ni rasa terancam dengan Malaysia yang kecil ni. Selalunya, orang besar takut sikit dengan orang-orang kecil ni. Selalunyalah....

Orang-orang Malaysia ini mempunyai sifat TERLALU PERCAYA yang kuat dengan orang asing. Kerana itulah orang Malaysia mudah terjebak dengan Skim Cepat Kaya, MLM, ubat kurus (aku juga antaranya). Padahal, kesannya amatlah mustahil dalam waktu yang cepat. Fikirlah.....

Tuesday 19 August 2014

Drama Korea : King's Daughter, Soo Baek Hyang




Cerita ini bermula dengan kisah percintaan Muryeong,  bakal raja dengan Chaelhwa anak kepada gabenor (lebih kuranglah). Kisah percintaan mereka ini tiada siapa yang tahu kecuali orang gaji Chaelhwa. Kebetulan Muryeong ni ada seorang adik iaitu raja pada masa tu Raja Dongseong. Dia seorang raja pada fikiran aku, tak berperikemanusiaan. Dan Raja Dongseong ini sebenarnya cemburu dengan Muryeong yang pada waktu itu General perang dan lebih disayangi  rakyat sebab selalu memenangi peperangan.

Malang tidak berbau sebab Raja Dongseong mati dipanah sewaktu mereka berburu. Sebelum raja Dongseong menghembuskan nafas terakhir, dia meminta Muryeong jaga anak lelaki yang dia tinggalkan. Muryeong naik taktha dengan menjadi Raja Muryeong. Kematian Raja Dongsaeng meninggalkan kesan mendalam pada Raja Muryeong. Dia seorang yang sangat setia sebenarnya pada keluarga. Tambah-tambah pada adik dia. Tapi adik dia pun boleh sampai berniat nak membunuh dia. Apabila dia mendapat tahu yang membunuh adiknya adalah ayah Chaelhwa, terus dia pergi serang kediaman ayah Chaelhwa. Sehinggakan pada waktu permintaan Chaelhwa untuk berjumpa dengannya pun dia melayan dengan dingin. Masa tu, Chaelhwa nak bagitahu dia mengandung. Tapi sikap dingin Raja Muryeong membuatkan dia diam. Dan akhirnya ayah Chaelhwa membunuh diri sebab rasa bersalah sangat. Orang yang bersubahat dengannya adalah orang kanan Raja Muryeong. Tujuannya nak menggulingkan Raja Dongsaeng yang kejam.

Dan istana kediaman Chaelhwa dibakar dan Chaelhwa diselamatkan oleh Ku-Cheon. Ku-Cheon seorang perisik Koguryo (negara lain). Dia seorang yang bisu dan pekak. Tapi dia benar-benar sayangkan Chaelhwa. Mula-mula Chaelhwa tak suka dia tapi lama-lama dia suka. Sebab anak dia, Solnan sangat sayangkan Ku-Cheon. Bila anak Chaelhwa lahir, anak dia akan menangis bila Ku-Cheon tak ada berdekatan. Kerana itu, Chaelhwa dapat menerima Ku-Cheon. Ku-Cheon sangat teguh untuk hidup terutama apabila keluarganya diserang oleh penjahat. Memang teruklah dia ditikam. Dia kehilangan nafas sewaktu dia peluk erat Solhi. Sayang benar Ku-Cheon pada Solhi, anaknya sendiri. Tetapi dia teguhkan diri dengan mengatakan tempat Soo Baek Hyang adalah kepunyaan Solnan. Tetapi dia tak tahu, Solnan sanggup hidup dengannya daripada di istana.


Chaelhwa ada dua orang anak yang seorang bernama Solnan. Dan seorang lagi Solhi, hasil perkahwinan dengan Ku-Cheon. Solnan seorang yang berani. Watak Solnan bermula pada umur 3 @ 4 tahun, Solnan melemparkan ular yang menghampiri Solhi sewaktu masih kecil. Solnan sangat sayang ayah angkatnya Ku-Cheon yang pada waktu itu dia fikir itu ayah kandugnya. Solnan berwatak tabah dan kuat. Dan juga seorang penyayang pada adiknya. Seperti ayahnya, Raja Muryeong dia juga seorang yang setia. Dia menghadapi pelbagai dugaan terutama adiknya berwatak gila dan tamak sehinggakan mahu membunuhnya. Aku boleh rasalah perasaan Solnan bila dia hampir saja membunuh Solhi. Dan dia menjerit memanggil nama ibunya sebab dia sudah tak tahu nak buat apa pada Solhi yang sudah gila (bagi aku). Dia sukakan Myung-Nong tetapi hasratnya terbantut apabila dia mengetahui dirinya Soo Baek Hyang dan Myug-Nong kononya adalah abangnya.

Solhi seorang yang cantik dan mahu kehidupan yang lebih baik. Dia tidak suka berada di pergunungan. Solhi juga tidak berapa sukakan ayahnya yang seorang bisu dan pekak. Dia pernah mengadu pada Solnan, kenapa ibu mereka yang cantik tu boleh berada disisi bapa mereka yang pekak dan bisu. Solhi sangat tamak sehinggakan dia sanggup memanipulasikan cerita ibunya sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir. Penipuan dia semakin hari semakin melampau sehinggakan dia takut pada penipuan dia sendiri. Pada dasarnya, Solhi memang sangat menyampah. Tapi sekiranya selami hati dan perasaan dia, aku faham kenapa dia menjadi gila macam tu. Kerana kehidupan yang susah dan dia seorang yang cantik. Solhi selalu memanipulasikan kakanya yang polos tu. Kakak dia sangat sayang padanya sehinggakan semua cerita Solhi dia percaya. Dan pada saat-saat akhir, Solhi mengungut Solnan dengan amanah ibunya supaya menjaga Solhi.


Myeong-Nong kalau sebenarnya adalah anak kepada Raja Dongseong. Tetapi telah ditukar oleh Raja Muryeong. Raja Muryeong takut, kehidupan Putera Myeong-Nong akan diapa-apakan oleh musuh. Kerana itulah dia telah menjadikan Putera Myeong-Nong seperti anaknya sendiri. Bagi aku, Putera Myeong-Nong memamng mempunyai kehidupan yang bagus. Dan terutama sekali, dia suka buli Solnan. Memang banyak kelakar lah.



Putera Jin-Mu adalah watak paling aku kesian. Dahlah ditukar oleh ayahnya, kemudian musuh ayahnya menghasutnya supaya dia membenci Raja Muryeong (ayahnya sendiri). Ini bermakna dari kecil dia telah dihipnosis untuk membenci ayahnya sendiri. Lagi pula, dia selalu dipinggirkan oleh ayahnya sendiri malahan dimarahi. Oleh itu, dia menjadi seorang yang nakal untuk menarik perhatian. Dan Putera Jin-Mu selalu dilindungi oleh Putera Myeong-Nong. Not bad lah kan. Dan apabila dia mengetahui yang ayahnya adalah Raja Muryeong, tahu tak perasaannya macam mana? Dari kecil dia diajar untuk membenci Raja Muryeong dan apabila sudah tahu pada waktu tahap kemuncak kebencian, bagaimana dia nak anggap Raja Muryeong tu ayahnya? Dan akhirnya, dia membawa diri jauh kehutan kerana terlalu kecewa. Dan pada waktu ini, aku  merasakan kesetiaan Raja Muryeong pada adiknya, sangatlah tidak berbaloi sebab kebahagiaan keluarga dia tergadai. Isteri mati, anak dipinggir. Dan dia pulang juga ke istana sebelum ayahnya kandungnya menghembuskan nafas terakhir. Memang menangis jugalah tengok part ni.

Solnan keluar daripada istana sebab dia tak nak ke istana dah. Dan dia anggap, berada disisi ayahnya Ku-Cheon lagi bermakna. Dia juga membawa Solhi keluar daripada istana. Sebab Solhi dah sampai kemuncak boleh kita kata gila lah. Kadang-kadang Putera Jin Mu datang melawat Solnan dan Solhi. Sebab Jin Mu sangat mencintai Solhi dalam dia tidak sedar. Apabila Solhi waras, dia mencuba untuk membunuh diri. Tapi kemudian dihalang oleh Solnan dan Solnan kata, jangan cari jalan mudah untuk melarikan diri.


Cerita ni juga kelakar dan ceria apabila ada dua watak ini. Mereka memang lawak sangat. So, tak rugi tangok. Sebab cerita berkenaan seorang raja yang lebih pentingkan orang lain daripada keluarga sendiri. Banyak sedih dan ada juga gelak ketawa. Suka watak Solnan yang tetap setia pada adiknya. Dia sanggup keluar istana demi menjaga adiknya yang sudah gila. Sungguh kagum dengan sikap seorang kakak yang setia begitu.

Thursday 14 August 2014

Cerita Aku : I FAILED BECAUSE NO POWER TO MAKE UNDERSTAND


Malam ini adalah malam yang paling teruk aku rasakan. Perancangan nak pergi ke Melaka musnah kerana adik aku nombor tiga sedang menyalahkan aku yang aku telah membantutkan kemahuan dan keinginan dia untuk bercuti ke Melaka. Apa aku rasa? Aku rasa marah, rasa kecewa sebab dia membatalkan niat dia tanpa berbincang dulu. Dan sedari awal sewaktu keputusan dibuat, aku katakan jangan ubah keputusan yang telah dibuat. Dan hari ini, aku menerima message dari facebook yang mengatakan dia tak jadi. Ni meseg dia "halo..halo..plan esok x jadi..akak pun mcm shock je ngn plan t'tiba 2..so,aq plan ni nk enjoy,tpi dah x best + aq kena save duit...so kita cancel ye..harap maaf.. ^_^"

Dah sudah terang lagi bersuluh dia sedang menyalahkan aku. Aku pernah meseg dia macam ni sebelum ni "(nama adik aku), knapa kita tak pergi melaka mggu depan?". Dan dia bertanya kenapa dan jawab aku cakap saja, sebab minggu depan tak ada apa nak buat. Padahal yang sebenarnya, aku sedang menuggu duit claim aku masuk. Dan apakah alasan aku tak mahu pergi minggu ni? Alasannya aku malu nak guna duit dia. Aku seorang kakak yang bekerja dan dia seorang adik yang masih belajar. Tapi semua perbelanjaan dia yang bantu. Sampaikan makanan dalam rumah ini pun dia sumbangkan. Aku masih ada maruah. Aku masih ada ego. Bagaimana mahu aku nak bercerita perkara sebenar tentang ego yang aku julang dengan jayanya. Sebab bagi aku, dia seorang yang suka membandingkan aku dengan dirinya. Dia selalu mengatakan diri dia paling menderita. Dan katanya, dia adalah orang yang mampu memahami orang lain. Tapi selalu gagal memahami apa yang aku fikirkan.

Dan akhirnya, aku sendiri kecewa. Aku cuba berbincang dengan dia, menceritakan apa yang aku rasa sebenarnya dan dia seperti bermain-main malahan air mukanya lagak main-main pada mulanya. Dan akhirnya muka serius dia berkata "aku pilih benda senang je, lebih baik cancel daripada tunggu". Tahu tak rasa hati aku berkali-kali ganda sedih. Dan berpuluh-puluh kali aku akan berkata adik aku ini tak macam adik aku yang dulu. Dia selalu berasa dia ditindas. Dan aku berusaha sedaya upaya untuk tidak pernah meminjam duit dia. Kalau berhutang, jangan pernah lupa untuk bayar balik. Sebab dia akan ungkit balik. Jangan pernah bercerita apa-apa pada dia, sebab dia takkan ingat cerita tu. Sebab kata dia, serabut kepala otak dia. Banyak benda dia fikir. Dan akhirnya, air mata aku sedang menitis. Kerana terlalu banyak aku pendam. Terlalu banyak aku simpan. Terlalu banyak aku makan hati.

Tuesday 12 August 2014

Cerita Aku : Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma

1. Apa syarat kelayakan ke STPM, matrikulasi, asasi dan diploma ?
- Alat yang bernama GOOGLE boleh membantu. Rujuk laman web UPU, Matrikulasi atau universiti berkenaan. Jangan ingat syarat kelayakan rendah, bermakna program itu low class, dapat masuk tu satu hal, survive hal lain pula. Jangan terkejut kalau pelajar SPM 10A dapat pointer rendah dan pelajar 4A dapat 4.00 dalam program yang sama, banyak berlaku.

2. Matrikulasi, STPM susah ?
- Silibus matrikulasi adalah lebih menjurus. Terdapat aliran sains, perakaunan dan teknikal. Silibusnya lebih mendalam berbanding SPM dan hanya 4 subjek. Tempoh pengajian hanya setahun dan berlalu dengan pantas, ramai yang terleka. Matrikulasi juga mempunyai program dua tahun bagi mereka yang tak boleh cope dalam masa setahun.
STPM pula lebih kurang sama, cuma silibus STPM lebih mendalam, tempoh pengajian 18 bulan dan STPM lebih diiktiraf banyak negara.

3. Asasi untuk budak pandai ?
- Asasi ataupun program matrikulasi adalah program yang setara cuma kebanyakan asasi lebih spesifik. contohnya asasi undang-undang yang lebih menjurus kepada degree undang-undang. Biasanya matrikulasi ni untuk sesiapa yang belum pasti nak ambil apa untuk degree. Tiada istilah asasi untuk budak pandai. Ada juga program asasi yang lebih kurang sama dengan matrikulasi. Contohnya program Asasi Sains UiTM dan Matrikulasi jurusan sains, kedua-duanya lebih kurang sama.

4. Adakah selepas asasi kita akan sambung di universiti yang menyediakan asasi tersebut ?
- Hanya asasi UIA dan asasi USIM yang memberi jaminan yang tinggi untuk pelajar asasinya untuk sambung degree di universiti tersebut. Boleh kata, asasi UIA confirm sambung UIA. Selepas asasi/matrikulasi/STPM nanti, semua akan apply melalui UPU untuk ke degree. Semua mempunyai peluang yang sama. Contohnya, anda mungkin mengambil asasi kejuruteraan UiTM tetapi sambung degree kejuruteraan di UM. Anda mungkin juga mengambil Sains Hayat di UM dan menyambung degree kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia ( UTeM). Anda mungkin mengambil Matrikulasi jurusan Sains dan menyambung Ijazah Sarjana Muda Politik Sains di UKM. Tengoklah UPU nanti macam mana. Pointer power, dapat la buat degree yang perlukan pointer power.  Matrikulasi dan Asasi, mempunyai peluang yang sama, kena melalui UPU untuk ke degree.

5. Diploma bazir masa ?
Kebanyakan program diploma ialah 3 tahun, dan apabila sambung degree nanti, anda akan dapat transfer credit  kerana ada silibus degree yang anda dah belajar semasa diploma. Jadi degree yang 4 tahun boleh dipendekkan menjadi 2 tahun. Dengan syarat, sambung degree yang sama aliran dengan diploma. Oleh itu, tidak timbul soal bazir masa. Budak matrik/asasi/STPM yang sambung degree dipanggil fresh degree, budak diploma yang sambung degree dipanggil transfer credit ( TC ). Biasanya yang buat diploma ni lebih terarah sikit sebab dah tahu nak ambil apa. Diploma ni boleh buat minta kerja professional, matrik/asasi/STPM tak boleh. Contohnya, kalau nak jadi jururawat, diploma kejururawatan dah cukup. Then, untuk beberapa course, diploma + degree lebih preferable berbanding asasi/matrik + degree.

6. STPM low class ?
STPM ialah satu program yang diiktiraf oleh banyak negara dan antara peperiksaan awam paling susah di dunia. STPM adalah setaraf dengan A-level. Universiti juga mempunyai kuota khas untuk pelajar lepasan STPM. Kebanyakan bumiputera lebih prefer Matrikulasi berbanding STPM kerana syarat bumiputera untuk ke matrikulasi lebih longgar berbanding bukan bumiputera. Faktor yang lain ialah STPM masih berpakaian sekolah. Apapun, silibus STPM sangat susah terutama aliran sains.

7. Lepasan Matrik/Asasi/Diploma/STPM boleh ke luar negara ?
Semestinya boleh. Selepas Matrikulasi/asasi/STPM/Diploma nanti, kalau result cemerlang, boleh pergi sambung degree luar negara bawah tajaan. Selain itu, boleh juga meminta pelbagai biasiswa dalam negara. Malah biasiswa yang ditawarkan jauh lebih banyak berbanding untuk lepasan SPM. Pointer kena gempak lah !! Belajar betul-betul lepas ni !

p/s : kenyataan diatas, kredit to http://kisahasyrafnaim.blogspot.com/


Cerita aku




Aku pernah dapat tawaran STPM aliran sains di Sek Men Keb Jitra. Tapi sewaktu aku dapat tu, dah tamat tempoh. Sebenarnya kalau aku buat rayuan, mudah saja aku akan dapat. Tapi abah kata, "akak, STPM aliran sains ni susah". Dan aku pun demi mendengar katanya, aku ikut saja kehendak dia. Untuk aku masuk STPM aliran sastera memang aku tak minatlah. Semua ni angkara aku kurang ilmu. Kalau tak, aku akan berusaha untuk masuk aliran sains ini kalau dengan ini aku akan dapat peluang menjadi seorang doktor. 

Tapi orang kata, jangan berkata menyesal pada perkara yang sudah berlaku. Aku belajar dalam bidang komputer dan Alhamdulillah tak sia-sia sebab aku juga bekerja dalam bidang ini juga. Lainlah kalau aku belajar lain tapi kerja bidang lain. Rugi-rugi kalau macam tu. Tapi, ada juga rasa menyesal sebab tahap aku tak sampai tahap Ijazah. Setakat Diploma saja. Jadi, aku kena ambil sijil banyak dan belajar untuk menjadi seorang programmar yang mempunyai gaji mengalahkan mak saudara aku yang sombong itu..peace (^_^)v