Thursday 14 August 2014

Cerita Aku : I FAILED BECAUSE NO POWER TO MAKE UNDERSTAND


Malam ini adalah malam yang paling teruk aku rasakan. Perancangan nak pergi ke Melaka musnah kerana adik aku nombor tiga sedang menyalahkan aku yang aku telah membantutkan kemahuan dan keinginan dia untuk bercuti ke Melaka. Apa aku rasa? Aku rasa marah, rasa kecewa sebab dia membatalkan niat dia tanpa berbincang dulu. Dan sedari awal sewaktu keputusan dibuat, aku katakan jangan ubah keputusan yang telah dibuat. Dan hari ini, aku menerima message dari facebook yang mengatakan dia tak jadi. Ni meseg dia "halo..halo..plan esok x jadi..akak pun mcm shock je ngn plan t'tiba 2..so,aq plan ni nk enjoy,tpi dah x best + aq kena save duit...so kita cancel ye..harap maaf.. ^_^"

Dah sudah terang lagi bersuluh dia sedang menyalahkan aku. Aku pernah meseg dia macam ni sebelum ni "(nama adik aku), knapa kita tak pergi melaka mggu depan?". Dan dia bertanya kenapa dan jawab aku cakap saja, sebab minggu depan tak ada apa nak buat. Padahal yang sebenarnya, aku sedang menuggu duit claim aku masuk. Dan apakah alasan aku tak mahu pergi minggu ni? Alasannya aku malu nak guna duit dia. Aku seorang kakak yang bekerja dan dia seorang adik yang masih belajar. Tapi semua perbelanjaan dia yang bantu. Sampaikan makanan dalam rumah ini pun dia sumbangkan. Aku masih ada maruah. Aku masih ada ego. Bagaimana mahu aku nak bercerita perkara sebenar tentang ego yang aku julang dengan jayanya. Sebab bagi aku, dia seorang yang suka membandingkan aku dengan dirinya. Dia selalu mengatakan diri dia paling menderita. Dan katanya, dia adalah orang yang mampu memahami orang lain. Tapi selalu gagal memahami apa yang aku fikirkan.

Dan akhirnya, aku sendiri kecewa. Aku cuba berbincang dengan dia, menceritakan apa yang aku rasa sebenarnya dan dia seperti bermain-main malahan air mukanya lagak main-main pada mulanya. Dan akhirnya muka serius dia berkata "aku pilih benda senang je, lebih baik cancel daripada tunggu". Tahu tak rasa hati aku berkali-kali ganda sedih. Dan berpuluh-puluh kali aku akan berkata adik aku ini tak macam adik aku yang dulu. Dia selalu berasa dia ditindas. Dan aku berusaha sedaya upaya untuk tidak pernah meminjam duit dia. Kalau berhutang, jangan pernah lupa untuk bayar balik. Sebab dia akan ungkit balik. Jangan pernah bercerita apa-apa pada dia, sebab dia takkan ingat cerita tu. Sebab kata dia, serabut kepala otak dia. Banyak benda dia fikir. Dan akhirnya, air mata aku sedang menitis. Kerana terlalu banyak aku pendam. Terlalu banyak aku simpan. Terlalu banyak aku makan hati.

No comments:

Post a Comment