Tuesday 19 August 2014

Drama Korea : King's Daughter, Soo Baek Hyang




Cerita ini bermula dengan kisah percintaan Muryeong,  bakal raja dengan Chaelhwa anak kepada gabenor (lebih kuranglah). Kisah percintaan mereka ini tiada siapa yang tahu kecuali orang gaji Chaelhwa. Kebetulan Muryeong ni ada seorang adik iaitu raja pada masa tu Raja Dongseong. Dia seorang raja pada fikiran aku, tak berperikemanusiaan. Dan Raja Dongseong ini sebenarnya cemburu dengan Muryeong yang pada waktu itu General perang dan lebih disayangi  rakyat sebab selalu memenangi peperangan.

Malang tidak berbau sebab Raja Dongseong mati dipanah sewaktu mereka berburu. Sebelum raja Dongseong menghembuskan nafas terakhir, dia meminta Muryeong jaga anak lelaki yang dia tinggalkan. Muryeong naik taktha dengan menjadi Raja Muryeong. Kematian Raja Dongsaeng meninggalkan kesan mendalam pada Raja Muryeong. Dia seorang yang sangat setia sebenarnya pada keluarga. Tambah-tambah pada adik dia. Tapi adik dia pun boleh sampai berniat nak membunuh dia. Apabila dia mendapat tahu yang membunuh adiknya adalah ayah Chaelhwa, terus dia pergi serang kediaman ayah Chaelhwa. Sehinggakan pada waktu permintaan Chaelhwa untuk berjumpa dengannya pun dia melayan dengan dingin. Masa tu, Chaelhwa nak bagitahu dia mengandung. Tapi sikap dingin Raja Muryeong membuatkan dia diam. Dan akhirnya ayah Chaelhwa membunuh diri sebab rasa bersalah sangat. Orang yang bersubahat dengannya adalah orang kanan Raja Muryeong. Tujuannya nak menggulingkan Raja Dongsaeng yang kejam.

Dan istana kediaman Chaelhwa dibakar dan Chaelhwa diselamatkan oleh Ku-Cheon. Ku-Cheon seorang perisik Koguryo (negara lain). Dia seorang yang bisu dan pekak. Tapi dia benar-benar sayangkan Chaelhwa. Mula-mula Chaelhwa tak suka dia tapi lama-lama dia suka. Sebab anak dia, Solnan sangat sayangkan Ku-Cheon. Bila anak Chaelhwa lahir, anak dia akan menangis bila Ku-Cheon tak ada berdekatan. Kerana itu, Chaelhwa dapat menerima Ku-Cheon. Ku-Cheon sangat teguh untuk hidup terutama apabila keluarganya diserang oleh penjahat. Memang teruklah dia ditikam. Dia kehilangan nafas sewaktu dia peluk erat Solhi. Sayang benar Ku-Cheon pada Solhi, anaknya sendiri. Tetapi dia teguhkan diri dengan mengatakan tempat Soo Baek Hyang adalah kepunyaan Solnan. Tetapi dia tak tahu, Solnan sanggup hidup dengannya daripada di istana.


Chaelhwa ada dua orang anak yang seorang bernama Solnan. Dan seorang lagi Solhi, hasil perkahwinan dengan Ku-Cheon. Solnan seorang yang berani. Watak Solnan bermula pada umur 3 @ 4 tahun, Solnan melemparkan ular yang menghampiri Solhi sewaktu masih kecil. Solnan sangat sayang ayah angkatnya Ku-Cheon yang pada waktu itu dia fikir itu ayah kandugnya. Solnan berwatak tabah dan kuat. Dan juga seorang penyayang pada adiknya. Seperti ayahnya, Raja Muryeong dia juga seorang yang setia. Dia menghadapi pelbagai dugaan terutama adiknya berwatak gila dan tamak sehinggakan mahu membunuhnya. Aku boleh rasalah perasaan Solnan bila dia hampir saja membunuh Solhi. Dan dia menjerit memanggil nama ibunya sebab dia sudah tak tahu nak buat apa pada Solhi yang sudah gila (bagi aku). Dia sukakan Myung-Nong tetapi hasratnya terbantut apabila dia mengetahui dirinya Soo Baek Hyang dan Myug-Nong kononya adalah abangnya.

Solhi seorang yang cantik dan mahu kehidupan yang lebih baik. Dia tidak suka berada di pergunungan. Solhi juga tidak berapa sukakan ayahnya yang seorang bisu dan pekak. Dia pernah mengadu pada Solnan, kenapa ibu mereka yang cantik tu boleh berada disisi bapa mereka yang pekak dan bisu. Solhi sangat tamak sehinggakan dia sanggup memanipulasikan cerita ibunya sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir. Penipuan dia semakin hari semakin melampau sehinggakan dia takut pada penipuan dia sendiri. Pada dasarnya, Solhi memang sangat menyampah. Tapi sekiranya selami hati dan perasaan dia, aku faham kenapa dia menjadi gila macam tu. Kerana kehidupan yang susah dan dia seorang yang cantik. Solhi selalu memanipulasikan kakanya yang polos tu. Kakak dia sangat sayang padanya sehinggakan semua cerita Solhi dia percaya. Dan pada saat-saat akhir, Solhi mengungut Solnan dengan amanah ibunya supaya menjaga Solhi.


Myeong-Nong kalau sebenarnya adalah anak kepada Raja Dongseong. Tetapi telah ditukar oleh Raja Muryeong. Raja Muryeong takut, kehidupan Putera Myeong-Nong akan diapa-apakan oleh musuh. Kerana itulah dia telah menjadikan Putera Myeong-Nong seperti anaknya sendiri. Bagi aku, Putera Myeong-Nong memamng mempunyai kehidupan yang bagus. Dan terutama sekali, dia suka buli Solnan. Memang banyak kelakar lah.



Putera Jin-Mu adalah watak paling aku kesian. Dahlah ditukar oleh ayahnya, kemudian musuh ayahnya menghasutnya supaya dia membenci Raja Muryeong (ayahnya sendiri). Ini bermakna dari kecil dia telah dihipnosis untuk membenci ayahnya sendiri. Lagi pula, dia selalu dipinggirkan oleh ayahnya sendiri malahan dimarahi. Oleh itu, dia menjadi seorang yang nakal untuk menarik perhatian. Dan Putera Jin-Mu selalu dilindungi oleh Putera Myeong-Nong. Not bad lah kan. Dan apabila dia mengetahui yang ayahnya adalah Raja Muryeong, tahu tak perasaannya macam mana? Dari kecil dia diajar untuk membenci Raja Muryeong dan apabila sudah tahu pada waktu tahap kemuncak kebencian, bagaimana dia nak anggap Raja Muryeong tu ayahnya? Dan akhirnya, dia membawa diri jauh kehutan kerana terlalu kecewa. Dan pada waktu ini, aku  merasakan kesetiaan Raja Muryeong pada adiknya, sangatlah tidak berbaloi sebab kebahagiaan keluarga dia tergadai. Isteri mati, anak dipinggir. Dan dia pulang juga ke istana sebelum ayahnya kandungnya menghembuskan nafas terakhir. Memang menangis jugalah tengok part ni.

Solnan keluar daripada istana sebab dia tak nak ke istana dah. Dan dia anggap, berada disisi ayahnya Ku-Cheon lagi bermakna. Dia juga membawa Solhi keluar daripada istana. Sebab Solhi dah sampai kemuncak boleh kita kata gila lah. Kadang-kadang Putera Jin Mu datang melawat Solnan dan Solhi. Sebab Jin Mu sangat mencintai Solhi dalam dia tidak sedar. Apabila Solhi waras, dia mencuba untuk membunuh diri. Tapi kemudian dihalang oleh Solnan dan Solnan kata, jangan cari jalan mudah untuk melarikan diri.


Cerita ni juga kelakar dan ceria apabila ada dua watak ini. Mereka memang lawak sangat. So, tak rugi tangok. Sebab cerita berkenaan seorang raja yang lebih pentingkan orang lain daripada keluarga sendiri. Banyak sedih dan ada juga gelak ketawa. Suka watak Solnan yang tetap setia pada adiknya. Dia sanggup keluar istana demi menjaga adiknya yang sudah gila. Sungguh kagum dengan sikap seorang kakak yang setia begitu.

No comments:

Post a Comment