Tuesday 12 August 2014

Cerita Aku : Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma

1. Apa syarat kelayakan ke STPM, matrikulasi, asasi dan diploma ?
- Alat yang bernama GOOGLE boleh membantu. Rujuk laman web UPU, Matrikulasi atau universiti berkenaan. Jangan ingat syarat kelayakan rendah, bermakna program itu low class, dapat masuk tu satu hal, survive hal lain pula. Jangan terkejut kalau pelajar SPM 10A dapat pointer rendah dan pelajar 4A dapat 4.00 dalam program yang sama, banyak berlaku.

2. Matrikulasi, STPM susah ?
- Silibus matrikulasi adalah lebih menjurus. Terdapat aliran sains, perakaunan dan teknikal. Silibusnya lebih mendalam berbanding SPM dan hanya 4 subjek. Tempoh pengajian hanya setahun dan berlalu dengan pantas, ramai yang terleka. Matrikulasi juga mempunyai program dua tahun bagi mereka yang tak boleh cope dalam masa setahun.
STPM pula lebih kurang sama, cuma silibus STPM lebih mendalam, tempoh pengajian 18 bulan dan STPM lebih diiktiraf banyak negara.

3. Asasi untuk budak pandai ?
- Asasi ataupun program matrikulasi adalah program yang setara cuma kebanyakan asasi lebih spesifik. contohnya asasi undang-undang yang lebih menjurus kepada degree undang-undang. Biasanya matrikulasi ni untuk sesiapa yang belum pasti nak ambil apa untuk degree. Tiada istilah asasi untuk budak pandai. Ada juga program asasi yang lebih kurang sama dengan matrikulasi. Contohnya program Asasi Sains UiTM dan Matrikulasi jurusan sains, kedua-duanya lebih kurang sama.

4. Adakah selepas asasi kita akan sambung di universiti yang menyediakan asasi tersebut ?
- Hanya asasi UIA dan asasi USIM yang memberi jaminan yang tinggi untuk pelajar asasinya untuk sambung degree di universiti tersebut. Boleh kata, asasi UIA confirm sambung UIA. Selepas asasi/matrikulasi/STPM nanti, semua akan apply melalui UPU untuk ke degree. Semua mempunyai peluang yang sama. Contohnya, anda mungkin mengambil asasi kejuruteraan UiTM tetapi sambung degree kejuruteraan di UM. Anda mungkin juga mengambil Sains Hayat di UM dan menyambung degree kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia ( UTeM). Anda mungkin mengambil Matrikulasi jurusan Sains dan menyambung Ijazah Sarjana Muda Politik Sains di UKM. Tengoklah UPU nanti macam mana. Pointer power, dapat la buat degree yang perlukan pointer power.  Matrikulasi dan Asasi, mempunyai peluang yang sama, kena melalui UPU untuk ke degree.

5. Diploma bazir masa ?
Kebanyakan program diploma ialah 3 tahun, dan apabila sambung degree nanti, anda akan dapat transfer credit  kerana ada silibus degree yang anda dah belajar semasa diploma. Jadi degree yang 4 tahun boleh dipendekkan menjadi 2 tahun. Dengan syarat, sambung degree yang sama aliran dengan diploma. Oleh itu, tidak timbul soal bazir masa. Budak matrik/asasi/STPM yang sambung degree dipanggil fresh degree, budak diploma yang sambung degree dipanggil transfer credit ( TC ). Biasanya yang buat diploma ni lebih terarah sikit sebab dah tahu nak ambil apa. Diploma ni boleh buat minta kerja professional, matrik/asasi/STPM tak boleh. Contohnya, kalau nak jadi jururawat, diploma kejururawatan dah cukup. Then, untuk beberapa course, diploma + degree lebih preferable berbanding asasi/matrik + degree.

6. STPM low class ?
STPM ialah satu program yang diiktiraf oleh banyak negara dan antara peperiksaan awam paling susah di dunia. STPM adalah setaraf dengan A-level. Universiti juga mempunyai kuota khas untuk pelajar lepasan STPM. Kebanyakan bumiputera lebih prefer Matrikulasi berbanding STPM kerana syarat bumiputera untuk ke matrikulasi lebih longgar berbanding bukan bumiputera. Faktor yang lain ialah STPM masih berpakaian sekolah. Apapun, silibus STPM sangat susah terutama aliran sains.

7. Lepasan Matrik/Asasi/Diploma/STPM boleh ke luar negara ?
Semestinya boleh. Selepas Matrikulasi/asasi/STPM/Diploma nanti, kalau result cemerlang, boleh pergi sambung degree luar negara bawah tajaan. Selain itu, boleh juga meminta pelbagai biasiswa dalam negara. Malah biasiswa yang ditawarkan jauh lebih banyak berbanding untuk lepasan SPM. Pointer kena gempak lah !! Belajar betul-betul lepas ni !

p/s : kenyataan diatas, kredit to http://kisahasyrafnaim.blogspot.com/


Cerita aku




Aku pernah dapat tawaran STPM aliran sains di Sek Men Keb Jitra. Tapi sewaktu aku dapat tu, dah tamat tempoh. Sebenarnya kalau aku buat rayuan, mudah saja aku akan dapat. Tapi abah kata, "akak, STPM aliran sains ni susah". Dan aku pun demi mendengar katanya, aku ikut saja kehendak dia. Untuk aku masuk STPM aliran sastera memang aku tak minatlah. Semua ni angkara aku kurang ilmu. Kalau tak, aku akan berusaha untuk masuk aliran sains ini kalau dengan ini aku akan dapat peluang menjadi seorang doktor. 

Tapi orang kata, jangan berkata menyesal pada perkara yang sudah berlaku. Aku belajar dalam bidang komputer dan Alhamdulillah tak sia-sia sebab aku juga bekerja dalam bidang ini juga. Lainlah kalau aku belajar lain tapi kerja bidang lain. Rugi-rugi kalau macam tu. Tapi, ada juga rasa menyesal sebab tahap aku tak sampai tahap Ijazah. Setakat Diploma saja. Jadi, aku kena ambil sijil banyak dan belajar untuk menjadi seorang programmar yang mempunyai gaji mengalahkan mak saudara aku yang sombong itu..peace (^_^)v

No comments:

Post a Comment