Friday 5 December 2014

CERITA AKU : Paku Rawan


Siapa pernah makan paku rawan ni? Aku pernah. Tambah-tambah orang kampung macam aku ni yang tinggal di kawasan bersawah. Kalau buat kerabu, Wahh!!! marvelous....


Tapi untuk mencari paku rawan dekat sana sangatlah susah untuk zaman sekarang. Sebab apa? Sebab ramai pesawah pakai racun serangga, racun itu, racun ini. Dah tak suci bersih macam zaman 90an dulu.


Tapi serius kalau aku jumpa ni lagi kat atas muka bumi ni, aku nak bela balik. Sayang dowh, benda yang tok nenek kita makan dah hampir pupus. Kesian...


Inilah kerabunya. Tapi ni gambar aku culik jea. Kalau yang mak aku buat, kena tunggu bila ada paku rawan yang suci dan bersih dululah. Hehe....

Tuesday 11 November 2014

CERITA AKU : Pasal orang tempat kerja aku bernama kak M


Aku geram betul dengan office mate aku. Sebenarnya macam ni, dia dah tukar level. Dia banyak involve dengan projek lain dah sekarang. Aku tak kisah dia nak pergi projek lain. Dia pergi pun bagus sebab aku tension dengan dia. Hahahaha (gelak besar).

Yang aku geram bila treat aku ni macam budak-budak hingusan. Semua benda dia nak suruh aku. Walaupun lagi terang dan bersuluh aku tahu benda tu. Tahulah aku new, tapi aku taklah sedungu macam tu. Kalau dia dah involve projek lain, dah tak payahlah nak datang sini menyibuk kononnya nak elak daripada pergi office. Uisshhh....menyampahnya aku. Sebab tu kak U tak suka dia rupanya. Tapi aku faham, dia juga ada sisi baik. Just aku nak dia biar aku berdikari sendiri tanpa perlu dia ingatkan aku. Dah macam nak bernanah dah telinga aku sebelah kanan. Tak payah perintah, sebab aku tak suka perintah. Serius aku tak suka diperintah. Sebab bagi aku, benda tu aku dah tau. Bila aku bertanya tu, maknanya aku mahu jawapan. Bila aku tak tanya, tak payahlah nak buka mulut sangat. Bila aku tanya pasal coding, tahu pula nak diam. Suruh aku cari sendiri bagai. Cehhhh....

Lepas dah tak involve dengan projek ni, dok sibuk-sibuk menyemak. Lepas tu mulalah pening sebab kena pegang job sana, job sini. Mulalah kata dia kena pegang banyak job lah. So annoying......

Wednesday 29 October 2014

Drama Korea : Warrior Baek Dong Soo


Lagi sekali drama korea bergenre history dan ancient time, menangis. Hehe...aku bukanlah peminat tulus dan mulus drama korea saja ok!!! Kalau Malaysia ada drama pendekar, pasti aku mengupdate cerita dia kat sini. Yang dulu-dulu punya cerita, susah benar nak cari. Almaklumlah waktu cerita pendekar di tayangkan, zaman tu bukanlah zaman dihujung jari sangat pun. Sekarang jea lain sikit. Hehehe....Aku marathon cerita ni hari Sabtu dan Ahad. Cerita ni ada 29 episod, so sekejap jea kalau berdedikasi pada cerita ni. Kenapa aku tertarik dengan cerita ni? Sebab, aku terjumpa Yoo Seung Ho. Dia kan hensem, siapalah yang tergoda dengan muka dia. Tambah-tambah dalam cerita ni dia jadi misteri dan sedikit jahat dan baik dalam waktu yang sama.

Cerita bermula dengan kematian Baek Sa Goeng kerana menggatikan kesalahan Crown Prince Sado yang merosakkan tugu perjanjian antara Joseon dan Kerajaan Qing. Waktu inilah lima orang sahabat ni mula mati seorang demi seorang. Baek Sa Goeng ada meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung. Demi melindungi bakal anaknya, isteri Baek Sa Goeng ni menahan kandungannya sehinnga 10 bulan lebih. Dan sewaktu melahirkan anaknya, isterinya mati dan tulang badan anaknya tidak sempurna sebab terlalu lam berada dalam kandungan. Tapi malangnya mereka ditangkap kerana pada era Joseon, kalau suami dikatakan cuba memberontak, anak dan isteri juga kena mati. Oleh sebab dikatakan bersubahat, Sword Saint, Kim Gwang Taek ditangkap dan akan dipancung. Tapi terselamat oleh Crown Prince Sado. Tapi anak kecil Baek Sa Goeng kena mati. Oleh kerana, sword saint ni seorang yang setia pada persahabatan dan janji, dia sanggup dipotong tangannya sebelah kiri demi nyawa anak itu. Kim Gwang Taek mengembara dengan anak kecil ni dan dia telah diganggu oleh Lord Human dari kumpulan assasin Heoksa Chorong. Tetapi dia diselamatkan oleh kekasih lamanya yang juga dari Heoksa Chorong Lord Earth bernama Ga Ok. Dan waktu itulah Sword Saint kehilangan si kecil Baek Dong So dan membuat hidup sword saint menderita kehilangan dan fikirnya si kecil Baek Dong So telah mati. Padahal sewaktu kejadian, Baek Dong So telah diselamatkan oleh Hwang Jin Gi dan diberikan pada Sa Mo juga salah seorang daripada sahabat berlima tu. Baek Dong So dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Sa Mo. Sa Mo tak dapat nak berhubung dengan Gwang Taek sebab dia tak tahu dimana Gwant Taek berada.

Inilah mereka berempat yang menjadi sahabat masa kecil dulu. Dari kiri si Baek Dong So, Yoo Ji Sun, Hwang Jin Ju dan Yeo Un. Wajah mereka waktu kecil dan besar dah macam seiras. Mereka bertemu waktu ini dan kemudian berpisah. Waktu ni Baek Dong So tak boleh bergerak seluruh badannya tanpa kepingan buluh yang diikat pada badannya. Kemudian disebabkan oleh kebakaran dalam pondok kecil, Baek Dong So selamatkan Hwang Jin Ju dan dia mampu bergerak. Waktu inilah Baek Dong So tahu takdir itu boleh diatasi.

Kedatangan Yeo Un tidak menyenangkan Dong So. Sebab Dong So cemburu dengan kepakaran Yeo Un dan ini membuatkan dia merasa tercabar dengan mengatakan "Dia sama umur denganku, kenapa dia boleh tapi tidak aku". Dan ketika inilah Yeo Un mengajak berkawan. Sungguh sweet tapi biasalah Dong So ni, eksyen sikit. Hehehe...Mari bercerita watak seorang demi seorang ya!

Ini Baek Dong So. Berjiwa nakal dan mempunyai semangat yang tinggi. Orang pertama yang dia nak menang adalah Yeo Un. Dia belajar seni mempertahankan diri juga kerana Yeo Un. Bagi dia Yeo Un adalah saingannya. Tapi setiap berlawan dengan Yeo Un juga dia tak pernah menang. Sehingga akhir nyawa Yeo Un, Don So sebenarnya masih kalah di tangan Yeo Un walaupun waktu tu Yeo Un mati ditangan Dong So. Nak tahu sebab apa? Tengok sendiri dan nilai. Dia berjaya mewarisi ilmu seni lawan daripada gurunya iaitu Sword Saint dan watak dia waktu dia dah berjaya mewarisi ilmu tu dah berubah 100%. Sunnguh aku rindu watak sebelumnya. Dong So memang tidak berputus asa dengan Yeo Un. Dia mahu Yeo Un kembali kepada yang dulu. Sehingga dia pegang bahu Yeo Un dan berkata "kalau nak bagi aku berputus asa, itu hanya selepas kau membunuh aku ".  Dan Yeo Un terkesan dengan kata-kata Dong So. Kehidupan Dong So agak menyedihkan sebab dia kehilangan orang yang dia sayang satu persatu dan orang yang paling dia sayang adalah Yeo Un.

Inilah si hensem Yeo Un. Dan sekali lagi drama air mata sebab dia mempunyai watak yang kesian. Dari kecil ayahnya tidak menyukainya kerana mengatakan dia mempunyai takdir untuk membunuh. Padahal semuanya itu adalah karut belaka. Dia joint dengan Lord Sky dari Heoksa Chorong. Orang pertama yang dia perlu bunuh adalah ayahnya tapi ayahnya membunuh diri depan Yeo Un dengan mengatakan biarlah aku menjadi orang pertama dan terakhir yang dibunuh sambil ayah Yeo Un memegang mukanya. Sebenarnya Yeo Un bukanlah mahu nak membunuh orang tapi dia sudah terlajak masuk kumpulan Heoksa Chorong dan dengan niat untuk dijadikan pelapis menggatikana Lord Sky. Dia mahu kembali semula kepada kawan-kawannya tapi dia tidak boleh. Kalau dia kembali, orang yang dia sayang akan terbunuh. Cara yang dia boleh kembali ke pangkal jalan adalah dengan menjadi Lord Sky sendiri dan melupuskan sendiri kumpulan Heoksa Chorong. Bagi aku, Yeo Un sebenarnya paling menderita sebab dia perlu menaggung semua kebencian kawan yang dia sayang terutama Dong So. Dia ingin kembali ke pangkal jalan juga kerana Dong So. Tetapi.....

Ini tiga sekawan. Yang aku tak cerita tadi tu Yang Cho Rip. Aku tak berapa minat tapi dia punca kenapa Yeo Un mati. Tapi sebenarnya Yang Cho Rip terpaksa walaupun dia tak mahu sebenarnya.

Ini legend lah. Sampai akhir tak tahu siapa yang kuat sebenarnya. Seorang assasin dan seorang lagi hero. Dua orang ni suka pada perempuan yang sama bernama Ga Ok. Mereka juga mempunyai anak yang sama bernama Hwang Jin Ju walaupun sebenarnya Hwang Jin Ju anak Ga Ok dan Kim Gwang Taek. Lord Sky mati kerana ingin menyelamatkan Jin Ju. Mula-mula dia berlawan dengan Dong So kemudian Yeo Un dan kemudian dia mati dipanah oleh bekas Lord Human.

Ini juga kawan-kawan Dong So dan Yeo Un dan Chi Rip. Mereka bertiga ini ditugaskan melindungi Crown Prince heir. Ada satu kejadian Yeo Un diberi tugas untuk membunuh mereka nie. Ini mebuatkan hati Yeo Un terluka kerana dia perlu membunuh kawannya sendiri. Kemudian, selepas geng Heoksa Chorong tak ada, dia dengan segera menyelamatkan tiga orang ni semalaman. Dan mereka selamat.

Dan terakhir, aku belanja gambar saat akhir kematian Yeo Un. Sebelum kejadian ni, Yeo Un memang dah bersedia nak tinggalkan Heoksa Chorong dan mukanya ceria sangat yang dia boleh kembali kepada kawannya. Tapi disebabkan kejadian Cho Rip kena tikam oleh puak Heoksa Chorong, dan Cho Rip mengatakan Heoksa Chorong takkan terhapus kalau Yeo Un tak mati. Aku lihat muka Yeo Un kecewa. Setelah pelbagai usaha dia buat, dia terpaksa mati dan dia memilih untuk mati ditangan Baek Dong So sahabat dia sayang. Saat akhir, Yeo Un berkata kepada Dong So, "Dia akan berjumpa dengan Sword Saint dan Crown Prince Sado untuk meminta maaf dan akan berlutut. Jangan terluka dan bersedih hanya kerana orang macam aku." sambil dia menepuk badan Dong So.

Dan sehingga akhirnya senyuman Dong So penuh terluka dan ada pahitnya. Dia minum arak dan dia terbayang Yeo Un berada disebelahnya sambil tersenyum. Senyuman yang paling ikhlas. Senyuman seseorang yang sudah melepaskan beban yang sangat berat. Senyuman seorang yang bebas dan tidak terikat dengan beban. Sewaktu Yoo Ji Sun bertanya kenapa minum arak seorang diri, rindu dia ke? Baek Dong So menjawab "ya aku rindu dia sangat. Setiap kali aku minum arak untuk melupakan dia, aku akan teringat dia lagi. Dan setiap kali aku teringat dia, aku akan menuang arak dan minum. Dan aku teringat dia lagi"

Tengoklah cerita ni. Tak rugi. Tambah-tambah setiap bahagian ada lagu yang kena pada tempatnya. Lagunya semua best. Penuh makna dan sedih. Aku tengok cerita ni macam aku tengok Naruto. Baek Dong So jadi Naruto. Yeo Un jadi Sasuke. Hehe.....

Thursday 23 October 2014

Drama Korea : QUEEN SEON DEOK



First aku tengok, tau apa aku rasa. Aku rasa macam  nak stop. Serius cerita mula-mula sangatlah bosan. Tapi aku gagahkan juga. Sebab aku tak tahu dah kalau aku stop tengok cerita ni aku nak tengok cerita apa walaupun sebenarnya aku  mempunyai list cerita korea yang perlu ditonton sangatlah panjang. Ni listnya aku lampirkan.

Banyak kan? Lepas tu, jalan cerita dia mula mengembang. Dan serius, rasa best tu pun bermula. Sambil tengok cerita ni, aku akan menyelam untuk baca history Queen Seon Deok samada cerita dia lari daripada sejarah atau tak. Ya tak banyak lari tapi permulaan cerita tu, ada ditokok tambah. Biasalah dah namanya cerita. Mana best kalau ikut sejarah straight sangat kan.


Kisah ini bermula dengan cita-cita besar seorang perempuan bernama Lady Mishil untuk menjadi seorang permaisuri. Dia menguasai tiga orang raja. Dan selepas dia mentahktakan King Jinpyeong, dia sudah mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Dan juga dia mempunyai suami, kekasih dan dua orang anak. Sebenarnya ada lagi seorang anak hasil dengan King Jinji. Tapi dia tak mengaku anak. Putera Hyeonjong namanya. Dan aku tabik Lady Mishil ni walaupun dia seorang yang agak kejam, tapi dia adalah seorang perancang yang bagi aku sangat hebat. Dan ternyata King Jinpyeong dan Princess Cheonmyeong kembar si Deokman (bakal Queen Seon Deok) tidak mampu menandingi kebijaksanaan dia. Dan orang yang menjadi pesaing dengannya adalah Deokman. Aku suka dengan sifat tenang dia. Dan aku susah nak baca apa yang dia fikirkan. Memang watak dia terbaiklah.


Ini Deokman semasa kecil. Dia dengan Sohwa (orang gaji permaisuri) hidup di padang pasir. Dia seorang yang bijak dan berjiwa bebas. Dan disinilah mereka berjumpa dengan Chilsuk, bodyguard Lady Mishil. Chilsuk tidak pulang kepangkuan Lady Mishil demi nak menyempurnakan tugasnya. Dan dia mencari Sohwa di merata tempat sehinggalah dia berjumpa dengan mereka di padang pasir. Aku rasa sempadan antara Silla dan China. Chilsuk dapat tahu yang Deokman adalah kembar yang dia cari selama ini dan ingin membawa pulang Deokman kepada Lady Mishil. Tapi tak berjaya dan dia ditikam oleh Sohwa. Tu pun tak mati lagi bila dia memburu Deokman dan Sohwa dipadang pasir. Dan disinilah Deokman menyaksikan kematian Sohwa ditelan oleh pasir jerlus. Pada waktu itulah datang ribut pasir dan mereka terpisah.

Selepas kematian ibunya, Deokman berangkat pergi ke Silla untuk mencari Munno. Pada sangkanya, Munno adalah ayah kandungnya yang telah mengabaikan ibunya. Demi mencari identiti diri, dia mengembara berseorangan ke sana.

Dan pada waktu inilah Deokman berjumpa dengan Kim Yushin dan kakak kembarnya Princess Cheonmyeong (gambar diatas little Cheonmyeong). Dia berjumpa dengan Princess Cheonmyeong sebab kakaknya ni juga nak berjumpa Munno. Sebab dikatakan dia mempunyai kuasa untuk menjatuhkan Lady Mishil. Dan waktu inilah Deokman menyedarkan Princess Cheonmyeong yang untuk berjaya, perlu melakukan sesuatu. Akhirnya Kim Yushin dan Deokman pergi keistana. Deokman diserap masuk dalam Hwarang (macam tentera) bawah pimpinan Kim Yushin. Waktu ni semua orang sangka Deokman ni seorang lelaki. Hanya Kim Yushin je tahu dia ni perempuan.

Dan akhirnya Deokman membesar dan banyak kejadian yang berlaku sehingga dia berjumpa Bidam dan Munno. Waktu ni, Deokman tak tahu guru Bidam ni Munno. Bidam adalah seorang yang agak nakal dan terlalu naif. Tapi dia seorang yang suka pada darah. Tapi gurunya, Munno ni seorang yang agak garang dengan Bidam. Sehinngalah Bidam ambil keputusan untuk membantu Deokman. Waktu ni Bidam tak kenal siapa Deokman ni.

Deokman dan Yushin ni saling bercinta tapi disebabkan demi membalas dendam kematian Princess Cheonmyeong, Deokman ambil keputusan untuk menjadi seorang raja. Demi mengejar cita-cita menjadi seorang raja, Deokman terpaksa melepaskan cintanya. Semuanya kerana dia ingin mengejar cita-citanya dan menumpaskan Lady Mishil. Nama panggilan sudah ditukar kepada formal. Hanya seorang saja masih melayan Deokman seperti biasa iaitu Bidam.

Antara semua watak ni, aku paling kesian pada Bidam. Dia seorang yang sangat naif bagi aku. Dan kerana kenaifan dia, dia telah dipergunakan. Masa kecil dia telah membunuh beberapa puluh orang tapi dia telah dilayan dingin oleh gurunya kerana hal ini. Guru dia tak terangkan pun perbuatan ini salah. Kemudian dia dapat tahu yang ibunya adalah Lady Mishil dan King Jinji. Kerana ini, dia berniat mahu menjatuhkan Lady Mishil sebab mengabaikan dia. Tetapi sehinnga saat kematian, Lady Mishil tetap tidak mengaku anak dan meninggalkan kata-kata yang menghantui hidupnya dan mahu Bidam mengambil takhta.

Kemudian dalam sedar dan tidak sedar, Bidam telah mula mencintai Deokman. Serius aku sebenarnya tak dapat baca watak Bidam. Dia ada sifat "evilness" dalam diri tapi dalam masa yang seorang yang kesian sebenarnya dan pecinta. Sehingga saat akhir, aku berasa sangat kesian pada dia. Dia selalu diabaikan oleh orang yang dia sayang sehingga dia hilang kepercayaan pada Deokman yang sangat-sangat mempercayainya. Dan akhirnya dia menerima nasibnya dengan terbuka dan dia tahu dirinya salah.

Kata Deokman pada Yushin, dia tak tahu apa perasaan dia pada Bidam. Dia tak tahu apa-apa pasal Bidam tetapi niatnya untuk turun takhta dan menghabiskan hari-harinya bersama Bidam adalah ikhlas. Sehingga ke hembus nafas terakhir, Bidam menyebut Deokman...Deokman....(dia tak sebut Her Highness seperti orang lain). Sehingga akhirnya Bidam adalah paling kesian. Deokman ada berkata "Mudahnya kepercayaan itu dikhianati". Dan aku menangis jea dan aku rasa tak berapa puas endingnya sebab Deokman tak boleh pegang Bidam sebab Deokman adalah raja. Tapi bolehlah sebab lepas Deokman bercakap pasal kesatuan, Deokman rebah berhampiran dengan Bidam dan dia sempat melihat Bidam sebelum dia pengsan.

Deokman ada bercakap dekat Bidam, dia sangat rindukan orang menyebut namanya Deokman. Dan bila Bidam cakap dia boleh panggil nama Deokman, Deokman cakap tak boleh sebab itu menandakan ingin memberontak. Sebab raja semua orang akan panggil Her Highness. Naif kan Bidam. Deokman cakap orang yang paling akhir panggil nama dia Deokman sebelum dia menjadi raja adalah Bidam dan dia sangat menghargainya. Dan sebelum Deokman menghembuskan nafasnya yang terakhir, orang yang terakhir panggil namanya Deokman tetap juga Bidam. Tidak Yushin. Deokman tersenyum apabila Yushin menyampaikan apa yang dicakap oleh Bidam sebelum kematian Bidam. (sebab Deokman tak dengar, dia berada sedikit jauh dari Bidam)

Tengoklah....tak rugi pun. Rugi air mata jea. Hehe....aku nak habiskan menulis cerita ni pun dah beberapa kali sebak.

Tuesday 14 October 2014

Cerita Aku : HASIL ADVANCE SLIM


Ceit, penipu jea Advance Slim ni. Orangnya pun dah lama tak update status kat facebook. Nampak sangat bohongnya. Tahu kenapa aku cakap dia bohong? Sebab, aku selalu jea nak pergi toilet angkara makan benda nie. Macam makan Teh Orang Kampung. Tak kurus-kurus pun. So, jangan nak percaya ea. Jangan sesekali percaya. Lepas tu aku rasa dia banyak bubuh pewarna. Terang benar warna dia. Means, tidak bagus untuk buah pinggang anda ok. Hehehe....

Monday 22 September 2014

Cerita Aku : ADIK YANG SOMBONG DAH PULANG


Hari Sabtu hari itu, adik aku yang nombor dua, yang sombong tu pulang ke rumah aku. Alasan? Dia dah berhenti kerja. Faktor? Dia masuk hospital sebab tu diberhentikan. Sumpah aku cakap, aku TAK PERCAYA langsung. Entahlah kenapa aku rasa adik aku nombor dua tu sedang memperbodohkan aku dan melayan aku seperti budak-budak yang tak tahu apa. Dia balik, memang aku tak jumpa dia pun. Tengok muka dia pun tak. Sebab aku menyampah. Apa dia ingat rumah aku ni hotel ke? Hotel pun kena bayar. Aku bukanlah nak jadi orang yang berkira nak mampus, tapi aku banyak tangungan. Tak kahwin lagi pun dah banyak tanggungan. Kesian aku. Kat bawah ni aku capture duit gaji aku yang aku perlu belanjakan sebulan. Cer tengok...

Tengok, aku ada baki RM194.90. Tu aku tak masuk makanan aku untuk sebulan. Betapa miskinnya aku. Duit MARA pun aku tak boleh nak bayar. Aku bukanlah minta duit dekat dia semata-mata aku suka-suka atau nak mengambil untung. Aku just minta dia bayar RM200 untuk bilik dia yang dia guna tu. Aku tak minta lebih pun. Duit elektrik ngan air pun aku tak minta tau. Duit makanan yang aku beli pun aku tak minta. Tak banyak pun. Gaji dia yang hampir sama dengan aku, aku hanya minta RM200 jea. Dia bukan support siapa-siapa pun. Diri dia seorang jea. Sabun kat rumah ni pun aku beli. Duit dekat mak, lagilah haram dia nak bagi. Tapi aku tak tahu duit dia pergi mana habis.

Ni sudah 3 hari dia duduk kat rumah ni. Datang nak tanya aku sebab apa aku marah pun tak. Aku duduk dalam bilik, dia pun sama. Ceh....macam aku pula yang datang menumpang dia. Entah bilalah dia nak cari kerja aku pun tak tahu. Umur dah 24 tahun, otak macam budak-budak sekolah rendah fikir. Adik aku nombor tiga selalu marah aku sebab aku lembut hati sangat. Aku tahu, kalau ikutkan hati adik aku nombor tiga tu, dia dah lama halau kot. Aku tahu dia resah. Banyak benda dia nak fikir. Aku boleh rasa dia nak je cepat habis belajar supaya boleh tolong aku. Kot....

Paling aku marah bukan apa, masa aku tanya nak duduk dengan aku lagi tak? Dia jawab nak duduk asrama tempat kerja dia tu. Bila aku cakap, aku nak sewakan bilik tu dekat orang lainlah, mana aku mampu nak tanggung RM 530 sesorang. Dia cakap, sewakanlah. Bila aku cakap orang tu sewa bukan sebulan dua, tapi 2 ke tiga tahun. Dia cakap ok. Tup...tup....tup, nak duduk dengan aku pula!!!!! What the hell.

Lepas tu, tak lama pun peristiwa berdarah, mendarah-darahkan jiwa hati aku bila aku terdesak nak pinjam duit dekat dia. RM50 jea. Sebab gaji aku tak masuk lagi. Biasalah kerja swasta, ada gaji masuk ok. Ada gaji masuk macam nak haprak. Macam-macam alasan dia bagi, tak jumpa banklah, jauhlah. Last-last aku bagi nombor akaun adik aku CIMB, dia tak bank in sampai ke sudah. Diam macam tu. Last-last, aku pinjam dekat kakak jiran sebelah ni. Dulu dia menyewa rumah ni tapi dia pindah sebelah sebab orang rumah sebelah dah pindah. So dia nak privasi lah sikit. Tengok, aku nak minta tolong sikit pun dia tak nak tolong. Hampeh kan! Untunglah dia ada aku. Dia nak balik kampung tak boleh dah sebab mak abah dah tak nak terima dia.
Tinggallah aku yang lembut hati nak mampus, terima jea dia.

Kalau nak ikut mulut aku yang tak reti nak tapis-tapis ni, dah lama aku kutuk-kutuk depan dia. Tapi masalahnya aku berfikir, kalau aku kutuk dia, terasa sampai jiwa kedalam, lari dari rumah (walaupun aku bukan tanggung dia), jadi apa-apa yang tak diingini, siapa lagi dia nak cari kalau bukan aku. Muka aku juga kena conteng pula. Aku nak cakap, supaya dia sedar apa yang dia buat. Sampai bila aku nak diam dengan perangai dia yang tak reti nak pakai kepala otak. Sebab, aku kena cakap bagi dia fikir bukan kena tunggu dia fikir. Sebab sampai ke sudah dia tak fikir. Ini pun aku marah, aku tak tahulah kalau dia berpura-pura tak faham yang aku tengah marah dia ni. Aku tension betul dengan perangai adik aku yang seorang ni. Entah kenapa aku rasa dia sangat untung ada aku. Dulu masa dia ada masalah, tak ada tempat nak berlindung, aku juga ambil dia. Bila aku ada masalah, nak cari dia pun jangan harap nak dapat secebis habuk. Ni dia dah tak ada tempat berlindung, aku juga dia cari. Nanti bila dah ada duit sendiri, pergi tempat lain. Aku nak tengok, sampai bila dia nak duduk bawah ketiak masam aku ni. Aku semakin dewasa, aku akan berkahwin, takkan dia tak fikir yang dia perlu cari altenatif supaya dia mampu untuk sara diri dia sendiri. Takka asal ada masalah jea, datang kat aku? Haishhhh.....

Thursday 28 August 2014

Cerita Aku : MH370 DAN MH17 ADA AGENDA TERSEMBUNYI OLEH AMERIKA DAN ISRAEL


Ini Cerita Aku...

Tak pernah ke kita terfikir sebenarnya rancangan kehilangan MH370 dan kemusnahan MH17 ada agenda tersembunyi oleh pihak yang lebih "berkuasa"? Seperti perancangan Israel menawan Palestin. Masa yang diambil bertahun, tetapi secara halus dan tanpa kita sedar. Begitu juga aku rasa berkenaan dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Siapa yang tidak tahu yang MAS sudah kepersada dunia ni? Kalau Air Asia itu lainlah kan. MAS syarikat besar. Bukan sebarangan. Tetapi setelah dua kali negara kita ditimpa musibah yang bertimpa-timpa ini, mampukah pihak MAS bertahan? Mula-mula lumpuhkan ekonomi MAS. Kemudian? Apa lagi? Musnahkan Menara Petronas? KL Tower? Nauzubillahminzalik....semoga Allah jauhkan musibah yang lagi teruk ini.

Seperti perancangan Portugis menawan Melaka. Perancangan mereka bertahun dan sedikit-sedikit mereka merisik pentadbiran Melaka. Bila sudah siap perapian, barulah Melaka diserang. Tidak takutkah kita? Musuh dalam selimut ini sebenarnya ada di mana-mana. Kita saja pura-pura tidak sedar akan keberadaan musuh dalam selimut ini. Amerika ini musuh yang licik. Perancangannya sangat rapi. Tetapi depan muka kita, pijak semut pun takkan pernah mati. Yalah, kan kita penentang tegar Israel. Manakala, Amerika penyokong tegar Israel. Manalah tahu Amerika ni rasa terancam dengan Malaysia yang kecil ni. Selalunya, orang besar takut sikit dengan orang-orang kecil ni. Selalunyalah....

Orang-orang Malaysia ini mempunyai sifat TERLALU PERCAYA yang kuat dengan orang asing. Kerana itulah orang Malaysia mudah terjebak dengan Skim Cepat Kaya, MLM, ubat kurus (aku juga antaranya). Padahal, kesannya amatlah mustahil dalam waktu yang cepat. Fikirlah.....

Tuesday 19 August 2014

Drama Korea : King's Daughter, Soo Baek Hyang




Cerita ini bermula dengan kisah percintaan Muryeong,  bakal raja dengan Chaelhwa anak kepada gabenor (lebih kuranglah). Kisah percintaan mereka ini tiada siapa yang tahu kecuali orang gaji Chaelhwa. Kebetulan Muryeong ni ada seorang adik iaitu raja pada masa tu Raja Dongseong. Dia seorang raja pada fikiran aku, tak berperikemanusiaan. Dan Raja Dongseong ini sebenarnya cemburu dengan Muryeong yang pada waktu itu General perang dan lebih disayangi  rakyat sebab selalu memenangi peperangan.

Malang tidak berbau sebab Raja Dongseong mati dipanah sewaktu mereka berburu. Sebelum raja Dongseong menghembuskan nafas terakhir, dia meminta Muryeong jaga anak lelaki yang dia tinggalkan. Muryeong naik taktha dengan menjadi Raja Muryeong. Kematian Raja Dongsaeng meninggalkan kesan mendalam pada Raja Muryeong. Dia seorang yang sangat setia sebenarnya pada keluarga. Tambah-tambah pada adik dia. Tapi adik dia pun boleh sampai berniat nak membunuh dia. Apabila dia mendapat tahu yang membunuh adiknya adalah ayah Chaelhwa, terus dia pergi serang kediaman ayah Chaelhwa. Sehinggakan pada waktu permintaan Chaelhwa untuk berjumpa dengannya pun dia melayan dengan dingin. Masa tu, Chaelhwa nak bagitahu dia mengandung. Tapi sikap dingin Raja Muryeong membuatkan dia diam. Dan akhirnya ayah Chaelhwa membunuh diri sebab rasa bersalah sangat. Orang yang bersubahat dengannya adalah orang kanan Raja Muryeong. Tujuannya nak menggulingkan Raja Dongsaeng yang kejam.

Dan istana kediaman Chaelhwa dibakar dan Chaelhwa diselamatkan oleh Ku-Cheon. Ku-Cheon seorang perisik Koguryo (negara lain). Dia seorang yang bisu dan pekak. Tapi dia benar-benar sayangkan Chaelhwa. Mula-mula Chaelhwa tak suka dia tapi lama-lama dia suka. Sebab anak dia, Solnan sangat sayangkan Ku-Cheon. Bila anak Chaelhwa lahir, anak dia akan menangis bila Ku-Cheon tak ada berdekatan. Kerana itu, Chaelhwa dapat menerima Ku-Cheon. Ku-Cheon sangat teguh untuk hidup terutama apabila keluarganya diserang oleh penjahat. Memang teruklah dia ditikam. Dia kehilangan nafas sewaktu dia peluk erat Solhi. Sayang benar Ku-Cheon pada Solhi, anaknya sendiri. Tetapi dia teguhkan diri dengan mengatakan tempat Soo Baek Hyang adalah kepunyaan Solnan. Tetapi dia tak tahu, Solnan sanggup hidup dengannya daripada di istana.


Chaelhwa ada dua orang anak yang seorang bernama Solnan. Dan seorang lagi Solhi, hasil perkahwinan dengan Ku-Cheon. Solnan seorang yang berani. Watak Solnan bermula pada umur 3 @ 4 tahun, Solnan melemparkan ular yang menghampiri Solhi sewaktu masih kecil. Solnan sangat sayang ayah angkatnya Ku-Cheon yang pada waktu itu dia fikir itu ayah kandugnya. Solnan berwatak tabah dan kuat. Dan juga seorang penyayang pada adiknya. Seperti ayahnya, Raja Muryeong dia juga seorang yang setia. Dia menghadapi pelbagai dugaan terutama adiknya berwatak gila dan tamak sehinggakan mahu membunuhnya. Aku boleh rasalah perasaan Solnan bila dia hampir saja membunuh Solhi. Dan dia menjerit memanggil nama ibunya sebab dia sudah tak tahu nak buat apa pada Solhi yang sudah gila (bagi aku). Dia sukakan Myung-Nong tetapi hasratnya terbantut apabila dia mengetahui dirinya Soo Baek Hyang dan Myug-Nong kononya adalah abangnya.

Solhi seorang yang cantik dan mahu kehidupan yang lebih baik. Dia tidak suka berada di pergunungan. Solhi juga tidak berapa sukakan ayahnya yang seorang bisu dan pekak. Dia pernah mengadu pada Solnan, kenapa ibu mereka yang cantik tu boleh berada disisi bapa mereka yang pekak dan bisu. Solhi sangat tamak sehinggakan dia sanggup memanipulasikan cerita ibunya sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir. Penipuan dia semakin hari semakin melampau sehinggakan dia takut pada penipuan dia sendiri. Pada dasarnya, Solhi memang sangat menyampah. Tapi sekiranya selami hati dan perasaan dia, aku faham kenapa dia menjadi gila macam tu. Kerana kehidupan yang susah dan dia seorang yang cantik. Solhi selalu memanipulasikan kakanya yang polos tu. Kakak dia sangat sayang padanya sehinggakan semua cerita Solhi dia percaya. Dan pada saat-saat akhir, Solhi mengungut Solnan dengan amanah ibunya supaya menjaga Solhi.


Myeong-Nong kalau sebenarnya adalah anak kepada Raja Dongseong. Tetapi telah ditukar oleh Raja Muryeong. Raja Muryeong takut, kehidupan Putera Myeong-Nong akan diapa-apakan oleh musuh. Kerana itulah dia telah menjadikan Putera Myeong-Nong seperti anaknya sendiri. Bagi aku, Putera Myeong-Nong memamng mempunyai kehidupan yang bagus. Dan terutama sekali, dia suka buli Solnan. Memang banyak kelakar lah.



Putera Jin-Mu adalah watak paling aku kesian. Dahlah ditukar oleh ayahnya, kemudian musuh ayahnya menghasutnya supaya dia membenci Raja Muryeong (ayahnya sendiri). Ini bermakna dari kecil dia telah dihipnosis untuk membenci ayahnya sendiri. Lagi pula, dia selalu dipinggirkan oleh ayahnya sendiri malahan dimarahi. Oleh itu, dia menjadi seorang yang nakal untuk menarik perhatian. Dan Putera Jin-Mu selalu dilindungi oleh Putera Myeong-Nong. Not bad lah kan. Dan apabila dia mengetahui yang ayahnya adalah Raja Muryeong, tahu tak perasaannya macam mana? Dari kecil dia diajar untuk membenci Raja Muryeong dan apabila sudah tahu pada waktu tahap kemuncak kebencian, bagaimana dia nak anggap Raja Muryeong tu ayahnya? Dan akhirnya, dia membawa diri jauh kehutan kerana terlalu kecewa. Dan pada waktu ini, aku  merasakan kesetiaan Raja Muryeong pada adiknya, sangatlah tidak berbaloi sebab kebahagiaan keluarga dia tergadai. Isteri mati, anak dipinggir. Dan dia pulang juga ke istana sebelum ayahnya kandungnya menghembuskan nafas terakhir. Memang menangis jugalah tengok part ni.

Solnan keluar daripada istana sebab dia tak nak ke istana dah. Dan dia anggap, berada disisi ayahnya Ku-Cheon lagi bermakna. Dia juga membawa Solhi keluar daripada istana. Sebab Solhi dah sampai kemuncak boleh kita kata gila lah. Kadang-kadang Putera Jin Mu datang melawat Solnan dan Solhi. Sebab Jin Mu sangat mencintai Solhi dalam dia tidak sedar. Apabila Solhi waras, dia mencuba untuk membunuh diri. Tapi kemudian dihalang oleh Solnan dan Solnan kata, jangan cari jalan mudah untuk melarikan diri.


Cerita ni juga kelakar dan ceria apabila ada dua watak ini. Mereka memang lawak sangat. So, tak rugi tangok. Sebab cerita berkenaan seorang raja yang lebih pentingkan orang lain daripada keluarga sendiri. Banyak sedih dan ada juga gelak ketawa. Suka watak Solnan yang tetap setia pada adiknya. Dia sanggup keluar istana demi menjaga adiknya yang sudah gila. Sungguh kagum dengan sikap seorang kakak yang setia begitu.

Thursday 14 August 2014

Cerita Aku : I FAILED BECAUSE NO POWER TO MAKE UNDERSTAND


Malam ini adalah malam yang paling teruk aku rasakan. Perancangan nak pergi ke Melaka musnah kerana adik aku nombor tiga sedang menyalahkan aku yang aku telah membantutkan kemahuan dan keinginan dia untuk bercuti ke Melaka. Apa aku rasa? Aku rasa marah, rasa kecewa sebab dia membatalkan niat dia tanpa berbincang dulu. Dan sedari awal sewaktu keputusan dibuat, aku katakan jangan ubah keputusan yang telah dibuat. Dan hari ini, aku menerima message dari facebook yang mengatakan dia tak jadi. Ni meseg dia "halo..halo..plan esok x jadi..akak pun mcm shock je ngn plan t'tiba 2..so,aq plan ni nk enjoy,tpi dah x best + aq kena save duit...so kita cancel ye..harap maaf.. ^_^"

Dah sudah terang lagi bersuluh dia sedang menyalahkan aku. Aku pernah meseg dia macam ni sebelum ni "(nama adik aku), knapa kita tak pergi melaka mggu depan?". Dan dia bertanya kenapa dan jawab aku cakap saja, sebab minggu depan tak ada apa nak buat. Padahal yang sebenarnya, aku sedang menuggu duit claim aku masuk. Dan apakah alasan aku tak mahu pergi minggu ni? Alasannya aku malu nak guna duit dia. Aku seorang kakak yang bekerja dan dia seorang adik yang masih belajar. Tapi semua perbelanjaan dia yang bantu. Sampaikan makanan dalam rumah ini pun dia sumbangkan. Aku masih ada maruah. Aku masih ada ego. Bagaimana mahu aku nak bercerita perkara sebenar tentang ego yang aku julang dengan jayanya. Sebab bagi aku, dia seorang yang suka membandingkan aku dengan dirinya. Dia selalu mengatakan diri dia paling menderita. Dan katanya, dia adalah orang yang mampu memahami orang lain. Tapi selalu gagal memahami apa yang aku fikirkan.

Dan akhirnya, aku sendiri kecewa. Aku cuba berbincang dengan dia, menceritakan apa yang aku rasa sebenarnya dan dia seperti bermain-main malahan air mukanya lagak main-main pada mulanya. Dan akhirnya muka serius dia berkata "aku pilih benda senang je, lebih baik cancel daripada tunggu". Tahu tak rasa hati aku berkali-kali ganda sedih. Dan berpuluh-puluh kali aku akan berkata adik aku ini tak macam adik aku yang dulu. Dia selalu berasa dia ditindas. Dan aku berusaha sedaya upaya untuk tidak pernah meminjam duit dia. Kalau berhutang, jangan pernah lupa untuk bayar balik. Sebab dia akan ungkit balik. Jangan pernah bercerita apa-apa pada dia, sebab dia takkan ingat cerita tu. Sebab kata dia, serabut kepala otak dia. Banyak benda dia fikir. Dan akhirnya, air mata aku sedang menitis. Kerana terlalu banyak aku pendam. Terlalu banyak aku simpan. Terlalu banyak aku makan hati.

Tuesday 12 August 2014

Cerita Aku : Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma

1. Apa syarat kelayakan ke STPM, matrikulasi, asasi dan diploma ?
- Alat yang bernama GOOGLE boleh membantu. Rujuk laman web UPU, Matrikulasi atau universiti berkenaan. Jangan ingat syarat kelayakan rendah, bermakna program itu low class, dapat masuk tu satu hal, survive hal lain pula. Jangan terkejut kalau pelajar SPM 10A dapat pointer rendah dan pelajar 4A dapat 4.00 dalam program yang sama, banyak berlaku.

2. Matrikulasi, STPM susah ?
- Silibus matrikulasi adalah lebih menjurus. Terdapat aliran sains, perakaunan dan teknikal. Silibusnya lebih mendalam berbanding SPM dan hanya 4 subjek. Tempoh pengajian hanya setahun dan berlalu dengan pantas, ramai yang terleka. Matrikulasi juga mempunyai program dua tahun bagi mereka yang tak boleh cope dalam masa setahun.
STPM pula lebih kurang sama, cuma silibus STPM lebih mendalam, tempoh pengajian 18 bulan dan STPM lebih diiktiraf banyak negara.

3. Asasi untuk budak pandai ?
- Asasi ataupun program matrikulasi adalah program yang setara cuma kebanyakan asasi lebih spesifik. contohnya asasi undang-undang yang lebih menjurus kepada degree undang-undang. Biasanya matrikulasi ni untuk sesiapa yang belum pasti nak ambil apa untuk degree. Tiada istilah asasi untuk budak pandai. Ada juga program asasi yang lebih kurang sama dengan matrikulasi. Contohnya program Asasi Sains UiTM dan Matrikulasi jurusan sains, kedua-duanya lebih kurang sama.

4. Adakah selepas asasi kita akan sambung di universiti yang menyediakan asasi tersebut ?
- Hanya asasi UIA dan asasi USIM yang memberi jaminan yang tinggi untuk pelajar asasinya untuk sambung degree di universiti tersebut. Boleh kata, asasi UIA confirm sambung UIA. Selepas asasi/matrikulasi/STPM nanti, semua akan apply melalui UPU untuk ke degree. Semua mempunyai peluang yang sama. Contohnya, anda mungkin mengambil asasi kejuruteraan UiTM tetapi sambung degree kejuruteraan di UM. Anda mungkin juga mengambil Sains Hayat di UM dan menyambung degree kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia ( UTeM). Anda mungkin mengambil Matrikulasi jurusan Sains dan menyambung Ijazah Sarjana Muda Politik Sains di UKM. Tengoklah UPU nanti macam mana. Pointer power, dapat la buat degree yang perlukan pointer power.  Matrikulasi dan Asasi, mempunyai peluang yang sama, kena melalui UPU untuk ke degree.

5. Diploma bazir masa ?
Kebanyakan program diploma ialah 3 tahun, dan apabila sambung degree nanti, anda akan dapat transfer credit  kerana ada silibus degree yang anda dah belajar semasa diploma. Jadi degree yang 4 tahun boleh dipendekkan menjadi 2 tahun. Dengan syarat, sambung degree yang sama aliran dengan diploma. Oleh itu, tidak timbul soal bazir masa. Budak matrik/asasi/STPM yang sambung degree dipanggil fresh degree, budak diploma yang sambung degree dipanggil transfer credit ( TC ). Biasanya yang buat diploma ni lebih terarah sikit sebab dah tahu nak ambil apa. Diploma ni boleh buat minta kerja professional, matrik/asasi/STPM tak boleh. Contohnya, kalau nak jadi jururawat, diploma kejururawatan dah cukup. Then, untuk beberapa course, diploma + degree lebih preferable berbanding asasi/matrik + degree.

6. STPM low class ?
STPM ialah satu program yang diiktiraf oleh banyak negara dan antara peperiksaan awam paling susah di dunia. STPM adalah setaraf dengan A-level. Universiti juga mempunyai kuota khas untuk pelajar lepasan STPM. Kebanyakan bumiputera lebih prefer Matrikulasi berbanding STPM kerana syarat bumiputera untuk ke matrikulasi lebih longgar berbanding bukan bumiputera. Faktor yang lain ialah STPM masih berpakaian sekolah. Apapun, silibus STPM sangat susah terutama aliran sains.

7. Lepasan Matrik/Asasi/Diploma/STPM boleh ke luar negara ?
Semestinya boleh. Selepas Matrikulasi/asasi/STPM/Diploma nanti, kalau result cemerlang, boleh pergi sambung degree luar negara bawah tajaan. Selain itu, boleh juga meminta pelbagai biasiswa dalam negara. Malah biasiswa yang ditawarkan jauh lebih banyak berbanding untuk lepasan SPM. Pointer kena gempak lah !! Belajar betul-betul lepas ni !

p/s : kenyataan diatas, kredit to http://kisahasyrafnaim.blogspot.com/


Cerita aku




Aku pernah dapat tawaran STPM aliran sains di Sek Men Keb Jitra. Tapi sewaktu aku dapat tu, dah tamat tempoh. Sebenarnya kalau aku buat rayuan, mudah saja aku akan dapat. Tapi abah kata, "akak, STPM aliran sains ni susah". Dan aku pun demi mendengar katanya, aku ikut saja kehendak dia. Untuk aku masuk STPM aliran sastera memang aku tak minatlah. Semua ni angkara aku kurang ilmu. Kalau tak, aku akan berusaha untuk masuk aliran sains ini kalau dengan ini aku akan dapat peluang menjadi seorang doktor. 

Tapi orang kata, jangan berkata menyesal pada perkara yang sudah berlaku. Aku belajar dalam bidang komputer dan Alhamdulillah tak sia-sia sebab aku juga bekerja dalam bidang ini juga. Lainlah kalau aku belajar lain tapi kerja bidang lain. Rugi-rugi kalau macam tu. Tapi, ada juga rasa menyesal sebab tahap aku tak sampai tahap Ijazah. Setakat Diploma saja. Jadi, aku kena ambil sijil banyak dan belajar untuk menjadi seorang programmar yang mempunyai gaji mengalahkan mak saudara aku yang sombong itu..peace (^_^)v

Saturday 28 June 2014

Cerita Aku : ~TIRED DAY~


Dalam rumah aku sekarang ada 3 orang adik dan aku rasa aku yang selalu buat kerja tanpa henti. Hari Isnin hingga Jumaat, aku bersyukur sangat sebab adik aku masakkan. Kadang-kadang aku tak sampai hati, aku join sekali tolong masak. Tapi bila hujung minggu selalu aku yang akan ambil full-time job memasak. Penat tau tak. Tambah-tanbah hari Khamis and Jumaat minggu ni kena pergi beli barang. Berat beg laptop aku tu dah sama berat dengan bawa budak 3 tahun dekat belakang aku tau. Penat sangat!!!!

Aku ni bukan jenis yang reti nak meluah atau bercakap. Aku jenis diam dan melepaskan marah aku senyap-senyap. Pagi tadi, tak teman aku pergi beli barang. Serius, aku tak kisah pun pasal itu. Aku dengan rela hati kot. Tapi bila aku balik, tak ada siapa pun mahu cakap "Kakak, mari kami buat. Akak dah pergi beli barang, biar kami pula basuh ikan dan ayam". Kalau aku dengar macam tu, tak akan pernah aku rasa pendam perasaan macam ni sekali. Yang seorang masih lagi tidur. Masih buat tak peduli. Yang sorang lagi kata "Akak, nak tolong apa?". Memang taklah aku sampai hati nak cakap, "meh tolong aku basuh ikan"....

Aku bukanlah orang yang berkira sangat itu dan ini. Aku berharap ada yang memahami. Aku tahu aku ni jenis yang tak reti nak cakap apa yang aku rasa. Yang menderita sebenarnya aku dan mereka juga. Ayat nak comfort aku sebenarnya sikit sangat. Tak susah pun. Aku nak mereka reti dan memahami membahagikan tugas dengan menggunakan akal mereka. Bukan aku kena main suruh itu dan ini. Sendiri fikir kot. Masing-masing dah besar. Aku penat bukannya apa sebenarnya, aku penat fisikal, penat emosi (sebab dalam otak aku asyik berperang antara rasa bersalah dan rasa marah, rasa merajuk, rasa menjeruk perasaan).

Fuhh (-_-)!.....dah lepas pun perasaan....

Wednesday 14 May 2014

Drama Korea : EMPRESS KI



Permulaan cerita adalah pertemuan antara Sungyang (future empress Ki) dengan Wang Yu (Future king Goryeo). Sewaktu itu Sungyang dan ibunya hendak dihantar untuk dijadikan gundik atau palace maid ke Mongol. Wang Yu yang kecil berasa sangat bersalah sebab dia yang bakal raja tidak mampu berbuat apa-apa pada rakyatnya. Dia berasa sangat tidak berdaya. Dan pertemuan berakhir dengan Wang Yu melepaskan banduan. Tapi malangnya dengan cara dia melepaskan banduan, semua banduan mati dipanah oleh tentera Mongol. Dan Sungyang menyaksikan sendiri emaknya mati dalam tangan Tangqishi. Dendam Sungyang mahu membunuh Tangqishi  dengan tangannya sendiri. Dan Sungyang menyamar menjadi lelaki bertujuan melindungi dirinya daripada dihantar ke Mongol. Dia menjadi hamba di rumah Wang Go, bapa saudara Wang Yu. Dia belajar seni mempertahankan diri dan bekerja dengan Wang Go dalam penyeludupan garam.

Kemudian pertemuan Ki Sungyang dengan Ta-Hwan (bakal raja). Ta-Hwan dihantar ke Mongol kononnya ada urusan dengan Raja Goryeo. Padahal sebenarnya dia kena halau keluar dari istana oleh El Temor (menteri) dan Queen Dowanger. Waktu tu adik Ta-Hwan (raja waktu tu) dalam keadaan sakit. Tujuan mereka sebenarnya nak rancang pembunuhan Ta-Hwan supaya Ta-Hwan tak boleh mewarisi takhta sekiranya adik dia mati. Waktu ni lah kenal Tal Tal dengan Baek Khan. First, aku ingat dorang ni alang-alang bodoh. Dan serius waktu ni aku tak minat pun nak tahu pasal Tal Tal. Ki Sungyang dan pasukan bapa dia bertugas untuk melindungi Ta-Hwan ni. Yelah, kalau Ta-Hwan mati, dorang lah kena disalahkan sebab Ta-Hwan mati kat tanah dorang kan. Macam-macam usaha El Temur untuk membunuh Ta-Hwan. Ayah Sungyang kena tangkap waktu ni. Dipotong lidah, butakan mata dan pekakkan telinga. Sedih sangat situasi ni sebab Ki Sungyang baru saja berjumpa dengan ayah dia.

Kesedihan Ki Sungyang bertambah apabila ayahnya dituduh berniat untuk membunuh Ta-Hwan. Dan Ta-Hwan yang telah banyak dibantu oleh Ki Sungyang menjadi pengkhianat dengan menuduh ayah Ki Sungyang sebagai pembunuh. Sedihnya Ki Sungyang sebab dia berhempas pulas menyelamatkan Ta-Hwan tetapi akhirnya dia dibalas dengan tuba. Waktu tu semua orang tak tahu yang Ki Taho tu ayah Ki Sungyang.

Kenapa Ta-Hwan mengkhianati Ki Sungyang?? Sebab kuasa El Temur sangatlah besar. Sampaikan dua raja mati kat dalam tangan dia. Ta-Hwan sangat takut dengan El-Temur. Ta-Hwan melutut dan merayu pada El Temur supaya selamatkan dia. Lindungi dia. Dia sanggup jadi boneka untuk El Temur. Dan El Temur bersetuju. Dengan syarat dia kena kahwin dengan puteri El Temur bernama Tanashiri. Kemudian ayah Ki Sungyang mati kat dalam tangan Ki Sungyang. Dan Ki Sungyang dibawa ke Mongol untuk dijadikan sida. Dan Wang Yu dibawa ke Mongol untuk dijadikan tahanan.

Siapa orang pertama tahu Ki Sungyang tu perempuan? Nama dia Tangqishi. Sebab Tangqishi mudah mengenal jenis perempuan. Dan Tangqishi jatuh hati pada Ki Sungyang. Tapi of course lah tak berbalas sebab Tangqishi kan pembunuh mak Ki Sungyang. Ki Sungyang dibawa ke istana Mongol untuk dijadikan palace maid. Disinilah Ki Sungyang dan Ta-Hwan berjumpa. Waktu ni Ta-Hwan dah jadi Raja Mongol. Setelah mengkhianati Ki Sungyang, rasa bersalah tu selalu menghantui Ta-Hwan. Dia selalu terkenang Ki Sungyang.

Kemudian bermulalah pergolakan untuk merampas kuasa dari El Temur. El Temus, Tangqishi dan adik mereka Queen Tanashiri sangatlah jahat dan melampau. Kehilangan lagi sekali yang membuatkan Ki Sungyang bertekad untuk bangkit dan meninggalkan Wang Yu demi nak membalas dendam. Dia menjadi gundik atas pertolongan Tal Tal dan Baek Khan. Bila dah lihat kebijaksanaan Tal Tal, aku sudah mula jatuh hati. Tak tahan!!!!

Selepas kejatuhan El Temur, muncul pula masalah new Queen bernama Bayan. Dan kumpulan lebih kurang mafia lah sebab aku lupa dah dorang panggil apa. Mereka semua ni merancang nak jatuhkan Ta-Hwan yang lembik tu. Tapi untung Ta-Hwan sebab dia ada Baek Khan yang mempunyai darah Khan yang kuat. Demi melindungi rajanya. Kematian Baek Khan yang sangat menyayat hati. Dengan tangan Tal Tal sendiri dia membunuh Baek Khan. Sebab Baek Khan waktu tu dah jadi macam El Temur. Just lain sikit je. El Temur dengan raja-raja sekali dia pijak. Tapi ni Ta-Hwan dia sayang. Memang sedih gila Tal Tal. Bapa saudara yang dia kagumi okey. Kemana saja mesti mereka berdua. Tal Tal sudah nampak perubahan Baek Khan. Dan dia masih ingat lagi pesanan Baek Khan dulu "Tal Tal, sekiranya kau nampak aku buta kerana kuasa, bunuhlah aku. Aku tak mahu mati dalam buta kuasa".

Waktu ni aku

Wahhh!!! aku menangis.....cerita ni buat mata aku esok bangun pagi sudah bengkak dah. Memang tak menyesal bila tengok cerita hasil lakonan Ha Ji Won. Dia memang tak pernah mengecewakan dengan hasil lakonannya. Dan apa yang aku paling kagum adalah ending dia. Memang rasa sedikit kecewa tapi aku suka. Dan antara dalam cerita ni, aku paling suka Tal Tal. Masa awal scene aku ingat dia ni bodoh-bodoh alang tapi rupanya dia bijak. Cuma dia masih tak mampu menewaskan fikiran Sungyang.

Cerita ini sebenarnya berkisar tentang seorang perempuan Goryeo era (Korea), yang semasa kecil kematian emaknya sewaktu dalam perjalanan untuk ke Mongol untuk dijadikan maid palace atau gundik. Dia membesar menjadi seorang perempuan yang kuat. Disebabkan negara Mongol sangat inginkan perempuan, Sungyang terpaksa menyamar jadi lelaki dan belajar seni ilmu mempertahankan diri.

Cerita antara percintaan Sungyang yang pertama dengan bakal raja Goryeo yang dibawa kenegara Mongol. Bagaimana cerita dan kisah mereka yang berakhir dengan tragik. Dan cerita antara Sungyang dengan Ta-Hwan iaitu raja Mongol yang lembap dan pengecut tu.

Kalau nak tanya aku, aku suka kisah percintaan yang mana satu? Aku pilih Ta-Hwan walaupun sebenarnya Ta-Hwan buta kerana cinta. Aku suka Ta-Hwan sebab dia mampu bangkit menjadi seorang lelaki yang gagah. Ending percintaan mereka juga amat sedih. Dan kesetian Ta-Hwan telah membuatkan Sungyang jatuh cinta.

Sungyang ada cara mencintai kedua-dua lelaki ini. Dan cinta dia untuk kedua-dua lelaki ini adalah sangat unik. Ending part paling aku suka sebab scene ditepi pantai, dua ekor kuda yang dinaiki oleh Ta-Hwan dan Wang Yu. Sungyang tak pilih mana-mana pun. Dia berdiri di tengah-tengah dan aku tafsirkan cinta Sungyang untuk kedua-dua orang yang dia sayang adalah sama.

p/s : Sebenarnya part naik kuda dekat tepi pantai ni ada pada awal cerita. Dan Sungyang memilih Ta-Hwan. Tengoklah, pasti tak menyesal walaupun air mata laju je mengalir. Huhu.....(^_^)

Tuesday 8 April 2014

Cerita Aku : Ahhhh...aku tension dengan budak office mate aku


Aku tak tahulah aku yang bermasalah atau office mate aku yang bermasalah. Aku kalau bab nak bertekak ni aku selalu kalah. Padahal aku tahu aku betul. Yang ni, nama dia Kak M--...Aku marah betul dengan dia. Kadang-kadang aku rasa macam aishhh...

Dan bila aku marah aku selalu pendam sendiri. Dan yang sakitnya aku. Dah lah yang itu, suka-suka benar nak menjaja nama aku sana dan sini. Mentang-mentang lah kan dia dah nak berhenti, tak perlulah macam tu sekali nampaknya. Aku bengang ni.

Tapi bila aku fikir balik, yalah aku pun jenis kalau nak terangkan, memang aku tak pandai nak terangkan itu dan ini. Yang buat orang lain bukan faham apa yang aku nak cakap. Tapi aku cuma nak luah, tak perlu nak menjaja nama aku sana dan sini. Aku tahu niat dia baik, tapi aku tak suka. Aku lebih suka aku jadi katak daripada jadi tempurung. Sebab aku tak mahu terluka. Biarlah saja tempurung itu saja luka.

p/s : maksud aku katak dan tempurung tu aku ambil "bagai katak bawah tempurung" dn jadikan metafora.

Thursday 20 March 2014

Cerita Aku : ADIK AKU MENIPU??


Sekarang nak hujung bulan. So aku kena berjimat duit sebelum dapat gaji ataupun claim. Bulan ni aku banyak habiskan duit untuk adik-adik aku. Banyak gila kot. Dan kebetulan adik aku nombor dua duduk sekali dengan aku. So, belanja aku banyak sebab nak kena bagi dia makan juga dekat rumah dan kata aku "simpan duit tau, jangan beli merapu-rapu".

Tapi yang aku geramnya, dia boleh beli macam-macam ikut suka hati dia dan bila aku fikir benda tu tak perlu beli kot. Contoh : dia beli muffin, kacang-kacang, burger, coklat dan entah apa-apa lagi. Plus, dekat rumah ada beras, lauk, maggi. Dan bagi aku, serius dia tak perlu nak beli semua benda-benda merapu tu.

Dan semalam, aku tak sempat nak buktikan. Sebab bila aku nak cek phone dia, dia offkan sewaktu dia pergi bilik air. Dia sedang bermessage. Aku tak tahu dia top up or tak. Sebab phone dia lama dah dia tak pakai. Aku tanya dia, dia top up ke? (aku taknak dia membazir dengan keadaan aku terdesak takda duit) Dia cakap tak lah. Dia dapat bonus. Aku pun, eh tak top up pun boleh pakai lagi ke? Dia cakap phone dia tu UNI punya. UOX pax. Hurm malam ni aku nak cek. Pagi sebelum aku nak pergi kerja aku nak cek, tapi tindih bawah tangan dia lah pula. Entah kenapa aku rasa tak percaya dekat dia. Sebab, dia macam berusaha nak meyakinkan aku yang dia tak bohong. Kalau aku nak bohong, aku akan berusaha untuk yakinkan orang yang aku tak bohong. Kalau aku tak bohong, aku akan cakap "lantak kau lah percaya ke tak". Kan? Kan? Selalunya situasinya macam ni kan? Sebab memang cara aku fikir macam tu.

Monday 10 March 2014

Cerita Aku : AKU PENAT


Letihnya...penat dengan bermacam karenah yang menuntut aku untuk menjadi setia pada setiap masalah yang dihadapi. Pelbagai krisis yang aku hadapi membuat aku menjadi berjiwa lemah. Pelbagai tuntutan dari pelbagai pihak mengkehendakkan aku untuk setia pada sebuah tanggungjawab. Mahu bercerita tapi tiada yang mahu mendengar. Hanya berkongsi sedikit kemudian jawabnya, tak tahulah. Katanya penat. Mungkin dia tidak mengerti kerana bagi aku dia masih kecil. Aku yang tua, semuanya jatuh pada aku. Katanya aku lah yang paling tua. Bila minta si tua mendengar, dia menjadi tidak mendengar. Malahan keputusannya drastik tanpa mengira jiwa aku merintih. Bila aku menjadi pemberontak, katanya aku ini susah. Bila mohon perlindungan pada yang lain, dia kata aku tidak layak untuk diberi ruang pertolongan itu. Katanya akan menjadikan orang lain susah. Bagaimana ini? Bila mahu mengadu pada yang lain, takut-takut dia bukanlah orang yang setia pada kata-katanya. Pada siapa mahu mengadu? Pasti semua akan menjawab Allah masih ada di sisi aku. Ku berharap dia sememangnya Maha mendengar.

Cara paling selamat supaya hati aku tidak terus ternoda dan melemah seperti bunga yang layu, aku perlu pekakkan telinga, menjadi keras hati dan berdiam sendiri. Duhai hati duhai diri, sabarlah. Semua itu pahala dan kumpullah banyak-banyak macam kumpul permata. Semoga aku menjadi senang di sana kelak.

Wednesday 5 March 2014

Cerita Aku : CERITA ADIK AKU NOMBOR DUA LAGI


 Hari itu dia tinggal dengan Pak Jang. Pak Jang ni kenalan mak di tempat kerja. So, nak memudahkan cerita, mak menceritakan pada dia tentang adik aku. Kisah silam dia lah. Dia kesian kot tengok adik aku ni. Tak ada siapa sudi nak terima dia. 

Tapi hari ini, mak tergesa-gesa nak suruh dia datang KL duduk dengan aku. Tanpa BERBICANG dengan aku dulu!!! Aku jadi geram. Kata mak, Pak Jang dah tak sanggup nak bela dia. Sebab perangai dia lain. Macam-macam dia buat hal. Kenapa adik aku woiii, apa masalah ko sebenarnya nie. Ko nak apalah. Boleh tak jadi matang sikit. Umur dah tua, perangai macam budak-budak je gaya.

Dan kebetulan, dia bukan ada phone pun nak contact ngan aku kalau dia sampai KL. Entah macam  mana lah mak aku boleh lepas macam tu saja tanpa bertanya dia tau ke tak nombor phone aku? Entah kenapa aku macam terasa sangat. Macam mak nak lepaskan tanggungjawab dia bagi dekat aku. Biar aku yang tanggung sorang. Aku sedih, aku nak menangis. Cerita dekat adik aku yang sorang tu, aku tak rasa dia langsung boleh membantu. So, semua ni aku pendam. Aku tak ada tempat nak bercerita. Yang nak dengar cerita aku. Cerita keluarga aku, takkan aku nak cerita kot. Kat blog ni sekurang-kurangnya orang tak tahu siapa itu aku.

Abah dah memang tak nak langsung terima dia. Langsung tiada peluang kedua. Tapi bagi aku, dengan perangai dia macam ni, peluang memang tak adalah. Tunggu dan lihat je malam ni. Dahlah dia pergi beli tiket sendiri. Entah macam mana dia sampai KL dan pukul berapa dia sampai

Wednesday 26 February 2014

Cerita Aku : CERITA ADIK AKU NOMBOR DUA - SISI GELAP


Adik aku nombor dua ni perangai dia pelik sangat. Dari kecil dia seorang yang susah untuk ditelah. Dan aku akui dan aku masih ingat benda pertama aku ajar dia jadi jahat adalah mencuri. Masa tu aku lebih kurang darjah 2 kot. Dia darjah satu. Kami dulu, abah bagi duit sikit sangat. Kami yang masih budak-budak ni manalah cukup duit. Seingat aku 50sen je kot. Kadang-kadang sikit dari tu. So, aku ajar adik aku yang nombor dua ni mencuri. Aku jenis otak bijak sikit, bila dalam keadaan tak selamat, aku takkan mencuri. Tapi adik aku yang ini, dia tak bijak. Dia jenis yang ikut perasaan dan hati dia. So, dia terkantoi dengan mak cik kantin. Siapa kena panggil? Tentulah aku merangkap kakak dia kan. Cikgu tu siap pesan lagi bagi tahu dekat emak pasal adik aku mencuri tu. Padahal aku mencuri sama, tapi gila aku nak mengaku kan. Sejak hari tu aku rasa dia dengan aku jenis yang tak sekufu.

Kemudian kami pindah. Normalah tu. Bapa aku tentera. Aku berubah jadi baik sikit. Tapi adik yang ini, perangai dia tak berubah, malahan lebih teruk. Serius aku rasa sangat bersalah sangat sebab aku menjadi kakak yang agak jahat. Dan rasa bersalah tu sampai sekarang berbekas di jiwa aku. Dia mula mencuri makanan kantin. Selalunya keropok atau kacang-kacang. Tapi kali ini dia tak pernah kantoi. Mungkin dia dah bijak sikit kot. Dan paling dahsyat dia mencuri duit abah. Ini pun sebenarnya perangai aku juga masa aku darjah dua lagi. Tapi macam biasa, aku ni bijak sikit. Tak pernah kantoi dengan mak atau abah. Sebab aku curi sikit-sikit je. Cukup keperluan aku sebagai budak waktu tu. Tapi adik aku curi banyak sangat. Sampaikan dia bawa duit pergi kedai nak beli apa-apa, auntie kedai tu rasa macam tak percaya seorang budak boleh pegang duit RM50 pada waktu itu. Dia dalam lebih kurang darjah 5 macam tu lah. Dan akhirnya dia terkantoi dengan abah. Abah marah sangat waktu tu dan dapat detect siapa yang mencuri. Abah siap ugut lagi (walaupun adik aku curi tapi semua orang rumah kena), kalau tak ada duit tu dalam poket dia bila dia balik nanti, tahulah dia nak buat macam mana. Kami sekeluarga pun jadi takut. Abah sangat diktator dengan kami. Cerita abah, nanti aku cerita.

Memang waktu tu tak tahu nak cekau mana duit. Siap pinjam lagi dengan jiran sebelah merangkap mak saudara aku. Tapi serius bukan senang nak pinjam dekat orang. Tambah-tambah jumlah RM50 pada waktu itu sangatlah banyak. Kami takut sangat waktu tu. Mak pun takut juga padahal tu suami dia.

Kemudian, bila dia sekolah menegah dia selalu bawa balik duit banyak jugalah. Katanya, cikgu selalu bagi. Kadang-kadang aku nak percaya, kadang-kadang aku rasa tak nak percaya. Tapi adik aku nombor tiga tu tak percaya dekat dia. Mak pula bila adik aku bawa balik duit, dia jadi buta dengan duit yang adik aku sogok tu tanpa dia bertanya di mana dia ambil duit tu. Bayangkan seorang suri rumah yang suami dia tak pernah bagi duit dalam tangan dia, bila dia jumpa duit, tau kan apa perasaan dia. Serius, aku tak pernah salahkan mak aku kerana buta duit. Aku salahkan abah aku yang buat kami macam ni. Masa kecil-kecil dulu, adik aku selalu pecahkan pinggan mangkuk. Tapi kalau nak kata adik aku, aku pun selalu jea pecahkan. Tapi aku boleh nampak bezanya kasih sayang mak pada kami dan dia. Mak macam tak sayang dia.

Lepas tu macam-macamlah perangai yang dia buat. Balik lewat malam. Pergi kedai nak dekat Maghrib. Abah aku selalu marah mak aku sebab bagi dia pergi kedai waktu nak dekat malam. Masa tu abah aku tak percaya dekat dia dah. Tapi yalah, aku ngan adik aku yang lain malas nak pergi kedai. Tambah tak berapa nak berani. Adik aku yang nombor dua ni berani sikit. Pernah ada sampai dia lari dari rumah. Entah aku tak ingat faktor apa sebenarnya. Tapi dia pernah lari lah. Sampai malam. Abah aku pergi cari. Waktu tu kami dah anak dara dah. Takutlah jadi macam-macam waktu malam ni. Dia balik sampai nangis-nangis. Kena pukul dengan abah lah tu. Mak aku pun menangis sebab dia risau. Mak ceramah malam tu. Dan itulah kali pertama aku tengok mak aku menangis kerana dia. Waktu tu aku geram sangat. Adik aku nombor dua pun marah sangat. Marah sebab dia buat kerja tak pernah berfikir. Aku tak tahu kenapa lambat sangat cara dia berfikir.

Masa dia belajar, tak adalah banyak masalah. Senyap sikit waktu tu. Lepas dia habis belajar, dia mula dapat sayap. Dia tak nak balik rumah. Aku faham kenapa dia tak nak balik rumah, sebab dia benci abah. Dia tak suka abah. Abah pun tak suka dia. Abah tak pernah tanya pasal dia dah lepas tu. Abah tak pernah ambil tahu pasal dia. Dia menumpang rumah tok cik belah wan lah. Dia merayau-rayau dekat Sungai Petani lah. Balik kampung sebab polis dah call abah suruh ambil dia dekat balai. Abah pun pergi ambil. Lepas tu dia keluar rumah macam tu jea. Dia keluar dengan lelaki mana ntah datang ambil dia dengan motor.

Pada tahun 2013, setelah lama dia menyepi, berita yang menggemparkan dalam keluarga aku berlaku. Dan benda yang aku dari dulu pesan dia suruh berhati-hati. Dia disahkan keguguran. Dan mak aku orang pertama yang dapat berita tu. Tahu kan rasa luluh hati tu macam mana. Anak siapa dia mengandung. Dia tak kahwin lagi. Dan aku orang kedua yang mendengar khabar tu. Tahu tak rasa sedih tu macam mana. Benda yang kalau boleh aku tak nak berlaku dalam keluarga aku. Seburuk-buruk keluarga aku, aku tak nak yang ini ada dalam buruknya keluarga aku tu. Tahu tak rasa nak bagi tahu abah aku macam mana rasanya. Nasib baik aku tak ada kat sana. Tapi kesian mak aku, dia menangis gila-gila. Hati dia hancur. Sebab  kami bagi sepenuh kepercayaan pada dia. Dia mengkhianati.

Polis nak mak aku ada dekat sana. Dekat Penang. Sekarang tu juga. Mak aku takut bagi tahu dekat abah sebab takut abah mengamuk. Akhirnya mak aku pergi Penang dengan adik aku nombor tiga. Nasib baik dia ada waktu tu. Pinjam duit PTPTN dia nak pergi Penang. Tahu tak mak aku bohong apa kat abah aku? Dia cakap dia nak pergi melawat pak su sakit kat sana. Mak kena pergi sebab nak uruskan pengebumian anak dia yang gugur tu. Mak aku cakap anak perempuan. Mak aku cakap lagi, adik aku nombor dua tu cakap dia kena rogol.. Entah kenapa aku rasa tak nak percaya sangat. Tapi aku kakak yang lembut hati. Aku rasa macam kesian sangat dekat dia. Tapi adik aku yang nombor tiga tu, dia rasa marah dan kecewa. Sebab mungkin dia lebih banyak masa dekat rumah. Dia melihat semua situasi adik aku nombor dua tu. Dia yang banyak berkorban duit. Aku faham kenapa dia tak percaya apa yang adik aku nombor dua tu cakap.

Sebelum kejadian, hari raya dia balik kampung, aku perasan perut dia lain macam. Tapi aku tak nak buruk sangka, aku menidakkan apa yang aku rasa. Lepas tu adik aku nombor tiga dengan nombor empat cakap pasal apa yang mereka rasa tentang perut adik aku nombor dua tu. Dan aku kata pada mereka, tak kot.

Lepas tu dia duduk rumah pak su berpantang. Gila nak bawa balik kampung. Nanti abah aku semebelih dia tak ke naya. Dia kena pergi kaunseling. Tapi lepas dia tak duduk dekat rumah pak su, dia dah tak pergi kaunseling. Then, ada nurse datang rumah kami. Nurse kampung kot. Tapi waktu tu abah tak ada kat rumah. Mak aku terkejut sangat yang nurse datang rumah.Cakap pasal adik aku tak pergi kaunseling. Tahu tak bila mak aku call aku cakap nurse cari sampai kat rumah, tau apa yang aku fikir? Aku fikir tak lama cerita dalam rumah aku tu akan sampai kat pengetahuan penduduk kampung. Benda ni memalukan tahu tak.

Dan hari ini aku dapat call duit dari mak aku minta duit. Masukkan untuk adik aku yang nombor dua tu. Sebab kata mak, dia kena halau dari rumah sewa dia. Tak tahulah kena halau pasal tak ada duit nak bayar. Dia kerja tapi aku tak tahu duit tu dia buat apa. Nak kata bagi dekat mak pun tak adalah. Dia nak balik kampung, tapi tak berani. Sebab abah aku tak nak dia balik kampung dah. Abah aku tak nak terima dia. Aku rasa berita tu dah sampai kat telinga abah. So, dia menangis kat Shahab sebab dia tak boleh nak pergi mana-mana. Ada lah orang lelaki mana ntah kesian kat dia and hantar dia dekat kampung. Tapi itu pun dekat simpang. Jauh lagi nak sampai kampung. Mak aku bagi tahu kat abah aku yang adik aku dah sampai dan minta tolong pergi ambilkan. Tapi abah aku tak nak pergi ambil. Abah aku dah buang dia. Akhirnya adik aku menumpang dekat rumah kawan mak aku yang tampat sekerja sekali. Aku harap dia boleh behave.

Mak aku cakap, suruh je adik aku pergi kat rumah sewa aku dekat sini. Aku terkejut dan dalam hati aku tak nak dia dekat sini. Tapi bila aku fikir panjang waktu aku balik kerja tadi, mak dengan abah tak nak terima dia dah. Jadi siapa yang nak terima dia kalau tak aku merangkap kakak dia. Semua orang buang dia termasuk adik aku yang lain. Kalau aku cerita kat adik aku yang lain, mesti dorang tak bagi aku benarkan adik aku tu tinggal sekali dengan aku. Tapi bila semua orang lain tak mahu dia, takkanlah aku nak campak dia juga. Mungkin apa yang terjadi pada dia itu adalah nasib dia. Sampai hatikah aku nak bagi dia merayau-rayau tak tentu hala. Rasa sakit hati tu ada. Dan dah lama aku pendam rasa marah ni. Tapi dia tetap adik aku. Kalau jadi apa-apa pada dia, siapakah yang susah. Selalunya, orang yang terdesak ni, dia akan mendengar cakap orang yang menolong dia. Dan aku kena bertanggungjawab dengan adik aku ni. Dan aku berharap, dia yang bakal bawah pengawasan aku, akan menjadi lebih baik sikit. Aku kena lebih straight sikit dan terangkan apa yang salah dia buat selama ni. Sebab semua orang tak nak cakap apa yang dia salah selama ni. Nak jaga hati dia, takut dia lari lagi dari rumah. Biar aku menjadi ibu dan bapa kepada adik aku yang ini. Setelah mak dengan abah dah buang dia.

Allah bantu aku untuk ikhlas. Bantu aku untuk membuka pintu hati adik aku. Aku kena mula betulkan diri aku juga. Aku kena belajar erti ikhlas.