Wednesday 26 February 2014

Cerita Aku : CERITA ADIK AKU NOMBOR DUA - SISI GELAP


Adik aku nombor dua ni perangai dia pelik sangat. Dari kecil dia seorang yang susah untuk ditelah. Dan aku akui dan aku masih ingat benda pertama aku ajar dia jadi jahat adalah mencuri. Masa tu aku lebih kurang darjah 2 kot. Dia darjah satu. Kami dulu, abah bagi duit sikit sangat. Kami yang masih budak-budak ni manalah cukup duit. Seingat aku 50sen je kot. Kadang-kadang sikit dari tu. So, aku ajar adik aku yang nombor dua ni mencuri. Aku jenis otak bijak sikit, bila dalam keadaan tak selamat, aku takkan mencuri. Tapi adik aku yang ini, dia tak bijak. Dia jenis yang ikut perasaan dan hati dia. So, dia terkantoi dengan mak cik kantin. Siapa kena panggil? Tentulah aku merangkap kakak dia kan. Cikgu tu siap pesan lagi bagi tahu dekat emak pasal adik aku mencuri tu. Padahal aku mencuri sama, tapi gila aku nak mengaku kan. Sejak hari tu aku rasa dia dengan aku jenis yang tak sekufu.

Kemudian kami pindah. Normalah tu. Bapa aku tentera. Aku berubah jadi baik sikit. Tapi adik yang ini, perangai dia tak berubah, malahan lebih teruk. Serius aku rasa sangat bersalah sangat sebab aku menjadi kakak yang agak jahat. Dan rasa bersalah tu sampai sekarang berbekas di jiwa aku. Dia mula mencuri makanan kantin. Selalunya keropok atau kacang-kacang. Tapi kali ini dia tak pernah kantoi. Mungkin dia dah bijak sikit kot. Dan paling dahsyat dia mencuri duit abah. Ini pun sebenarnya perangai aku juga masa aku darjah dua lagi. Tapi macam biasa, aku ni bijak sikit. Tak pernah kantoi dengan mak atau abah. Sebab aku curi sikit-sikit je. Cukup keperluan aku sebagai budak waktu tu. Tapi adik aku curi banyak sangat. Sampaikan dia bawa duit pergi kedai nak beli apa-apa, auntie kedai tu rasa macam tak percaya seorang budak boleh pegang duit RM50 pada waktu itu. Dia dalam lebih kurang darjah 5 macam tu lah. Dan akhirnya dia terkantoi dengan abah. Abah marah sangat waktu tu dan dapat detect siapa yang mencuri. Abah siap ugut lagi (walaupun adik aku curi tapi semua orang rumah kena), kalau tak ada duit tu dalam poket dia bila dia balik nanti, tahulah dia nak buat macam mana. Kami sekeluarga pun jadi takut. Abah sangat diktator dengan kami. Cerita abah, nanti aku cerita.

Memang waktu tu tak tahu nak cekau mana duit. Siap pinjam lagi dengan jiran sebelah merangkap mak saudara aku. Tapi serius bukan senang nak pinjam dekat orang. Tambah-tambah jumlah RM50 pada waktu itu sangatlah banyak. Kami takut sangat waktu tu. Mak pun takut juga padahal tu suami dia.

Kemudian, bila dia sekolah menegah dia selalu bawa balik duit banyak jugalah. Katanya, cikgu selalu bagi. Kadang-kadang aku nak percaya, kadang-kadang aku rasa tak nak percaya. Tapi adik aku nombor tiga tu tak percaya dekat dia. Mak pula bila adik aku bawa balik duit, dia jadi buta dengan duit yang adik aku sogok tu tanpa dia bertanya di mana dia ambil duit tu. Bayangkan seorang suri rumah yang suami dia tak pernah bagi duit dalam tangan dia, bila dia jumpa duit, tau kan apa perasaan dia. Serius, aku tak pernah salahkan mak aku kerana buta duit. Aku salahkan abah aku yang buat kami macam ni. Masa kecil-kecil dulu, adik aku selalu pecahkan pinggan mangkuk. Tapi kalau nak kata adik aku, aku pun selalu jea pecahkan. Tapi aku boleh nampak bezanya kasih sayang mak pada kami dan dia. Mak macam tak sayang dia.

Lepas tu macam-macamlah perangai yang dia buat. Balik lewat malam. Pergi kedai nak dekat Maghrib. Abah aku selalu marah mak aku sebab bagi dia pergi kedai waktu nak dekat malam. Masa tu abah aku tak percaya dekat dia dah. Tapi yalah, aku ngan adik aku yang lain malas nak pergi kedai. Tambah tak berapa nak berani. Adik aku yang nombor dua ni berani sikit. Pernah ada sampai dia lari dari rumah. Entah aku tak ingat faktor apa sebenarnya. Tapi dia pernah lari lah. Sampai malam. Abah aku pergi cari. Waktu tu kami dah anak dara dah. Takutlah jadi macam-macam waktu malam ni. Dia balik sampai nangis-nangis. Kena pukul dengan abah lah tu. Mak aku pun menangis sebab dia risau. Mak ceramah malam tu. Dan itulah kali pertama aku tengok mak aku menangis kerana dia. Waktu tu aku geram sangat. Adik aku nombor dua pun marah sangat. Marah sebab dia buat kerja tak pernah berfikir. Aku tak tahu kenapa lambat sangat cara dia berfikir.

Masa dia belajar, tak adalah banyak masalah. Senyap sikit waktu tu. Lepas dia habis belajar, dia mula dapat sayap. Dia tak nak balik rumah. Aku faham kenapa dia tak nak balik rumah, sebab dia benci abah. Dia tak suka abah. Abah pun tak suka dia. Abah tak pernah tanya pasal dia dah lepas tu. Abah tak pernah ambil tahu pasal dia. Dia menumpang rumah tok cik belah wan lah. Dia merayau-rayau dekat Sungai Petani lah. Balik kampung sebab polis dah call abah suruh ambil dia dekat balai. Abah pun pergi ambil. Lepas tu dia keluar rumah macam tu jea. Dia keluar dengan lelaki mana ntah datang ambil dia dengan motor.

Pada tahun 2013, setelah lama dia menyepi, berita yang menggemparkan dalam keluarga aku berlaku. Dan benda yang aku dari dulu pesan dia suruh berhati-hati. Dia disahkan keguguran. Dan mak aku orang pertama yang dapat berita tu. Tahu kan rasa luluh hati tu macam mana. Anak siapa dia mengandung. Dia tak kahwin lagi. Dan aku orang kedua yang mendengar khabar tu. Tahu tak rasa sedih tu macam mana. Benda yang kalau boleh aku tak nak berlaku dalam keluarga aku. Seburuk-buruk keluarga aku, aku tak nak yang ini ada dalam buruknya keluarga aku tu. Tahu tak rasa nak bagi tahu abah aku macam mana rasanya. Nasib baik aku tak ada kat sana. Tapi kesian mak aku, dia menangis gila-gila. Hati dia hancur. Sebab  kami bagi sepenuh kepercayaan pada dia. Dia mengkhianati.

Polis nak mak aku ada dekat sana. Dekat Penang. Sekarang tu juga. Mak aku takut bagi tahu dekat abah sebab takut abah mengamuk. Akhirnya mak aku pergi Penang dengan adik aku nombor tiga. Nasib baik dia ada waktu tu. Pinjam duit PTPTN dia nak pergi Penang. Tahu tak mak aku bohong apa kat abah aku? Dia cakap dia nak pergi melawat pak su sakit kat sana. Mak kena pergi sebab nak uruskan pengebumian anak dia yang gugur tu. Mak aku cakap anak perempuan. Mak aku cakap lagi, adik aku nombor dua tu cakap dia kena rogol.. Entah kenapa aku rasa tak nak percaya sangat. Tapi aku kakak yang lembut hati. Aku rasa macam kesian sangat dekat dia. Tapi adik aku yang nombor tiga tu, dia rasa marah dan kecewa. Sebab mungkin dia lebih banyak masa dekat rumah. Dia melihat semua situasi adik aku nombor dua tu. Dia yang banyak berkorban duit. Aku faham kenapa dia tak percaya apa yang adik aku nombor dua tu cakap.

Sebelum kejadian, hari raya dia balik kampung, aku perasan perut dia lain macam. Tapi aku tak nak buruk sangka, aku menidakkan apa yang aku rasa. Lepas tu adik aku nombor tiga dengan nombor empat cakap pasal apa yang mereka rasa tentang perut adik aku nombor dua tu. Dan aku kata pada mereka, tak kot.

Lepas tu dia duduk rumah pak su berpantang. Gila nak bawa balik kampung. Nanti abah aku semebelih dia tak ke naya. Dia kena pergi kaunseling. Tapi lepas dia tak duduk dekat rumah pak su, dia dah tak pergi kaunseling. Then, ada nurse datang rumah kami. Nurse kampung kot. Tapi waktu tu abah tak ada kat rumah. Mak aku terkejut sangat yang nurse datang rumah.Cakap pasal adik aku tak pergi kaunseling. Tahu tak bila mak aku call aku cakap nurse cari sampai kat rumah, tau apa yang aku fikir? Aku fikir tak lama cerita dalam rumah aku tu akan sampai kat pengetahuan penduduk kampung. Benda ni memalukan tahu tak.

Dan hari ini aku dapat call duit dari mak aku minta duit. Masukkan untuk adik aku yang nombor dua tu. Sebab kata mak, dia kena halau dari rumah sewa dia. Tak tahulah kena halau pasal tak ada duit nak bayar. Dia kerja tapi aku tak tahu duit tu dia buat apa. Nak kata bagi dekat mak pun tak adalah. Dia nak balik kampung, tapi tak berani. Sebab abah aku tak nak dia balik kampung dah. Abah aku tak nak terima dia. Aku rasa berita tu dah sampai kat telinga abah. So, dia menangis kat Shahab sebab dia tak boleh nak pergi mana-mana. Ada lah orang lelaki mana ntah kesian kat dia and hantar dia dekat kampung. Tapi itu pun dekat simpang. Jauh lagi nak sampai kampung. Mak aku bagi tahu kat abah aku yang adik aku dah sampai dan minta tolong pergi ambilkan. Tapi abah aku tak nak pergi ambil. Abah aku dah buang dia. Akhirnya adik aku menumpang dekat rumah kawan mak aku yang tampat sekerja sekali. Aku harap dia boleh behave.

Mak aku cakap, suruh je adik aku pergi kat rumah sewa aku dekat sini. Aku terkejut dan dalam hati aku tak nak dia dekat sini. Tapi bila aku fikir panjang waktu aku balik kerja tadi, mak dengan abah tak nak terima dia dah. Jadi siapa yang nak terima dia kalau tak aku merangkap kakak dia. Semua orang buang dia termasuk adik aku yang lain. Kalau aku cerita kat adik aku yang lain, mesti dorang tak bagi aku benarkan adik aku tu tinggal sekali dengan aku. Tapi bila semua orang lain tak mahu dia, takkanlah aku nak campak dia juga. Mungkin apa yang terjadi pada dia itu adalah nasib dia. Sampai hatikah aku nak bagi dia merayau-rayau tak tentu hala. Rasa sakit hati tu ada. Dan dah lama aku pendam rasa marah ni. Tapi dia tetap adik aku. Kalau jadi apa-apa pada dia, siapakah yang susah. Selalunya, orang yang terdesak ni, dia akan mendengar cakap orang yang menolong dia. Dan aku kena bertanggungjawab dengan adik aku ni. Dan aku berharap, dia yang bakal bawah pengawasan aku, akan menjadi lebih baik sikit. Aku kena lebih straight sikit dan terangkan apa yang salah dia buat selama ni. Sebab semua orang tak nak cakap apa yang dia salah selama ni. Nak jaga hati dia, takut dia lari lagi dari rumah. Biar aku menjadi ibu dan bapa kepada adik aku yang ini. Setelah mak dengan abah dah buang dia.

Allah bantu aku untuk ikhlas. Bantu aku untuk membuka pintu hati adik aku. Aku kena mula betulkan diri aku juga. Aku kena belajar erti ikhlas.

No comments:

Post a Comment