Wednesday 26 February 2014

Cerita Aku : CERITA ADIK AKU NOMBOR DUA - SISI GELAP


Adik aku nombor dua ni perangai dia pelik sangat. Dari kecil dia seorang yang susah untuk ditelah. Dan aku akui dan aku masih ingat benda pertama aku ajar dia jadi jahat adalah mencuri. Masa tu aku lebih kurang darjah 2 kot. Dia darjah satu. Kami dulu, abah bagi duit sikit sangat. Kami yang masih budak-budak ni manalah cukup duit. Seingat aku 50sen je kot. Kadang-kadang sikit dari tu. So, aku ajar adik aku yang nombor dua ni mencuri. Aku jenis otak bijak sikit, bila dalam keadaan tak selamat, aku takkan mencuri. Tapi adik aku yang ini, dia tak bijak. Dia jenis yang ikut perasaan dan hati dia. So, dia terkantoi dengan mak cik kantin. Siapa kena panggil? Tentulah aku merangkap kakak dia kan. Cikgu tu siap pesan lagi bagi tahu dekat emak pasal adik aku mencuri tu. Padahal aku mencuri sama, tapi gila aku nak mengaku kan. Sejak hari tu aku rasa dia dengan aku jenis yang tak sekufu.

Kemudian kami pindah. Normalah tu. Bapa aku tentera. Aku berubah jadi baik sikit. Tapi adik yang ini, perangai dia tak berubah, malahan lebih teruk. Serius aku rasa sangat bersalah sangat sebab aku menjadi kakak yang agak jahat. Dan rasa bersalah tu sampai sekarang berbekas di jiwa aku. Dia mula mencuri makanan kantin. Selalunya keropok atau kacang-kacang. Tapi kali ini dia tak pernah kantoi. Mungkin dia dah bijak sikit kot. Dan paling dahsyat dia mencuri duit abah. Ini pun sebenarnya perangai aku juga masa aku darjah dua lagi. Tapi macam biasa, aku ni bijak sikit. Tak pernah kantoi dengan mak atau abah. Sebab aku curi sikit-sikit je. Cukup keperluan aku sebagai budak waktu tu. Tapi adik aku curi banyak sangat. Sampaikan dia bawa duit pergi kedai nak beli apa-apa, auntie kedai tu rasa macam tak percaya seorang budak boleh pegang duit RM50 pada waktu itu. Dia dalam lebih kurang darjah 5 macam tu lah. Dan akhirnya dia terkantoi dengan abah. Abah marah sangat waktu tu dan dapat detect siapa yang mencuri. Abah siap ugut lagi (walaupun adik aku curi tapi semua orang rumah kena), kalau tak ada duit tu dalam poket dia bila dia balik nanti, tahulah dia nak buat macam mana. Kami sekeluarga pun jadi takut. Abah sangat diktator dengan kami. Cerita abah, nanti aku cerita.

Memang waktu tu tak tahu nak cekau mana duit. Siap pinjam lagi dengan jiran sebelah merangkap mak saudara aku. Tapi serius bukan senang nak pinjam dekat orang. Tambah-tambah jumlah RM50 pada waktu itu sangatlah banyak. Kami takut sangat waktu tu. Mak pun takut juga padahal tu suami dia.

Kemudian, bila dia sekolah menegah dia selalu bawa balik duit banyak jugalah. Katanya, cikgu selalu bagi. Kadang-kadang aku nak percaya, kadang-kadang aku rasa tak nak percaya. Tapi adik aku nombor tiga tu tak percaya dekat dia. Mak pula bila adik aku bawa balik duit, dia jadi buta dengan duit yang adik aku sogok tu tanpa dia bertanya di mana dia ambil duit tu. Bayangkan seorang suri rumah yang suami dia tak pernah bagi duit dalam tangan dia, bila dia jumpa duit, tau kan apa perasaan dia. Serius, aku tak pernah salahkan mak aku kerana buta duit. Aku salahkan abah aku yang buat kami macam ni. Masa kecil-kecil dulu, adik aku selalu pecahkan pinggan mangkuk. Tapi kalau nak kata adik aku, aku pun selalu jea pecahkan. Tapi aku boleh nampak bezanya kasih sayang mak pada kami dan dia. Mak macam tak sayang dia.

Lepas tu macam-macamlah perangai yang dia buat. Balik lewat malam. Pergi kedai nak dekat Maghrib. Abah aku selalu marah mak aku sebab bagi dia pergi kedai waktu nak dekat malam. Masa tu abah aku tak percaya dekat dia dah. Tapi yalah, aku ngan adik aku yang lain malas nak pergi kedai. Tambah tak berapa nak berani. Adik aku yang nombor dua ni berani sikit. Pernah ada sampai dia lari dari rumah. Entah aku tak ingat faktor apa sebenarnya. Tapi dia pernah lari lah. Sampai malam. Abah aku pergi cari. Waktu tu kami dah anak dara dah. Takutlah jadi macam-macam waktu malam ni. Dia balik sampai nangis-nangis. Kena pukul dengan abah lah tu. Mak aku pun menangis sebab dia risau. Mak ceramah malam tu. Dan itulah kali pertama aku tengok mak aku menangis kerana dia. Waktu tu aku geram sangat. Adik aku nombor dua pun marah sangat. Marah sebab dia buat kerja tak pernah berfikir. Aku tak tahu kenapa lambat sangat cara dia berfikir.

Masa dia belajar, tak adalah banyak masalah. Senyap sikit waktu tu. Lepas dia habis belajar, dia mula dapat sayap. Dia tak nak balik rumah. Aku faham kenapa dia tak nak balik rumah, sebab dia benci abah. Dia tak suka abah. Abah pun tak suka dia. Abah tak pernah tanya pasal dia dah lepas tu. Abah tak pernah ambil tahu pasal dia. Dia menumpang rumah tok cik belah wan lah. Dia merayau-rayau dekat Sungai Petani lah. Balik kampung sebab polis dah call abah suruh ambil dia dekat balai. Abah pun pergi ambil. Lepas tu dia keluar rumah macam tu jea. Dia keluar dengan lelaki mana ntah datang ambil dia dengan motor.

Pada tahun 2013, setelah lama dia menyepi, berita yang menggemparkan dalam keluarga aku berlaku. Dan benda yang aku dari dulu pesan dia suruh berhati-hati. Dia disahkan keguguran. Dan mak aku orang pertama yang dapat berita tu. Tahu kan rasa luluh hati tu macam mana. Anak siapa dia mengandung. Dia tak kahwin lagi. Dan aku orang kedua yang mendengar khabar tu. Tahu tak rasa sedih tu macam mana. Benda yang kalau boleh aku tak nak berlaku dalam keluarga aku. Seburuk-buruk keluarga aku, aku tak nak yang ini ada dalam buruknya keluarga aku tu. Tahu tak rasa nak bagi tahu abah aku macam mana rasanya. Nasib baik aku tak ada kat sana. Tapi kesian mak aku, dia menangis gila-gila. Hati dia hancur. Sebab  kami bagi sepenuh kepercayaan pada dia. Dia mengkhianati.

Polis nak mak aku ada dekat sana. Dekat Penang. Sekarang tu juga. Mak aku takut bagi tahu dekat abah sebab takut abah mengamuk. Akhirnya mak aku pergi Penang dengan adik aku nombor tiga. Nasib baik dia ada waktu tu. Pinjam duit PTPTN dia nak pergi Penang. Tahu tak mak aku bohong apa kat abah aku? Dia cakap dia nak pergi melawat pak su sakit kat sana. Mak kena pergi sebab nak uruskan pengebumian anak dia yang gugur tu. Mak aku cakap anak perempuan. Mak aku cakap lagi, adik aku nombor dua tu cakap dia kena rogol.. Entah kenapa aku rasa tak nak percaya sangat. Tapi aku kakak yang lembut hati. Aku rasa macam kesian sangat dekat dia. Tapi adik aku yang nombor tiga tu, dia rasa marah dan kecewa. Sebab mungkin dia lebih banyak masa dekat rumah. Dia melihat semua situasi adik aku nombor dua tu. Dia yang banyak berkorban duit. Aku faham kenapa dia tak percaya apa yang adik aku nombor dua tu cakap.

Sebelum kejadian, hari raya dia balik kampung, aku perasan perut dia lain macam. Tapi aku tak nak buruk sangka, aku menidakkan apa yang aku rasa. Lepas tu adik aku nombor tiga dengan nombor empat cakap pasal apa yang mereka rasa tentang perut adik aku nombor dua tu. Dan aku kata pada mereka, tak kot.

Lepas tu dia duduk rumah pak su berpantang. Gila nak bawa balik kampung. Nanti abah aku semebelih dia tak ke naya. Dia kena pergi kaunseling. Tapi lepas dia tak duduk dekat rumah pak su, dia dah tak pergi kaunseling. Then, ada nurse datang rumah kami. Nurse kampung kot. Tapi waktu tu abah tak ada kat rumah. Mak aku terkejut sangat yang nurse datang rumah.Cakap pasal adik aku tak pergi kaunseling. Tahu tak bila mak aku call aku cakap nurse cari sampai kat rumah, tau apa yang aku fikir? Aku fikir tak lama cerita dalam rumah aku tu akan sampai kat pengetahuan penduduk kampung. Benda ni memalukan tahu tak.

Dan hari ini aku dapat call duit dari mak aku minta duit. Masukkan untuk adik aku yang nombor dua tu. Sebab kata mak, dia kena halau dari rumah sewa dia. Tak tahulah kena halau pasal tak ada duit nak bayar. Dia kerja tapi aku tak tahu duit tu dia buat apa. Nak kata bagi dekat mak pun tak adalah. Dia nak balik kampung, tapi tak berani. Sebab abah aku tak nak dia balik kampung dah. Abah aku tak nak terima dia. Aku rasa berita tu dah sampai kat telinga abah. So, dia menangis kat Shahab sebab dia tak boleh nak pergi mana-mana. Ada lah orang lelaki mana ntah kesian kat dia and hantar dia dekat kampung. Tapi itu pun dekat simpang. Jauh lagi nak sampai kampung. Mak aku bagi tahu kat abah aku yang adik aku dah sampai dan minta tolong pergi ambilkan. Tapi abah aku tak nak pergi ambil. Abah aku dah buang dia. Akhirnya adik aku menumpang dekat rumah kawan mak aku yang tampat sekerja sekali. Aku harap dia boleh behave.

Mak aku cakap, suruh je adik aku pergi kat rumah sewa aku dekat sini. Aku terkejut dan dalam hati aku tak nak dia dekat sini. Tapi bila aku fikir panjang waktu aku balik kerja tadi, mak dengan abah tak nak terima dia dah. Jadi siapa yang nak terima dia kalau tak aku merangkap kakak dia. Semua orang buang dia termasuk adik aku yang lain. Kalau aku cerita kat adik aku yang lain, mesti dorang tak bagi aku benarkan adik aku tu tinggal sekali dengan aku. Tapi bila semua orang lain tak mahu dia, takkanlah aku nak campak dia juga. Mungkin apa yang terjadi pada dia itu adalah nasib dia. Sampai hatikah aku nak bagi dia merayau-rayau tak tentu hala. Rasa sakit hati tu ada. Dan dah lama aku pendam rasa marah ni. Tapi dia tetap adik aku. Kalau jadi apa-apa pada dia, siapakah yang susah. Selalunya, orang yang terdesak ni, dia akan mendengar cakap orang yang menolong dia. Dan aku kena bertanggungjawab dengan adik aku ni. Dan aku berharap, dia yang bakal bawah pengawasan aku, akan menjadi lebih baik sikit. Aku kena lebih straight sikit dan terangkan apa yang salah dia buat selama ni. Sebab semua orang tak nak cakap apa yang dia salah selama ni. Nak jaga hati dia, takut dia lari lagi dari rumah. Biar aku menjadi ibu dan bapa kepada adik aku yang ini. Setelah mak dengan abah dah buang dia.

Allah bantu aku untuk ikhlas. Bantu aku untuk membuka pintu hati adik aku. Aku kena mula betulkan diri aku juga. Aku kena belajar erti ikhlas.

Tuesday 25 February 2014

Cerita Aku : TAKUT LELAKI


Aku tak tahu aku normal atau sebenarnya tak normal. Jenis manusia yang aku paling takut dekat dunia ini adalah lelaki. Lelaki yang menghampiri aku samada dengan niat atau tak. Bukan kata aku ni cinta pada kaum sejenis atau apa yang sewaktu dengannya.

Sebab aku takut?
Entah, aku rasa lelaki semua ada niat tersembunyi yang aku tak tahu. Aku rasa dalam kepala otak diorang ni ada sesuatu yang aku rasa macam aku tak boleh nak huraikan apa dia! Aku boleh je kawan bila hati aku kata "dia ni tak ada niat ni". Tapi bila hati aku cakap dia ada sesuatu, terus aku menjarakkan diri.

So,
Bila aku tahu ada lelaki jenis ini, aku akan mula bersikap dingin, layan tak layan je gaya. Mau aku tak fobia dengan lelaki. Semasa aku kecil, aku ada abah yang garangnya mengalahkan singa. So aku tak nak jumpa jodoh yang mengalahkan singa tu. Dan masa aku kecil dulu juga, aku kena buli dengan lelaki juga. So, aku tak suka pada lelaki yang gayanya nampak macam mengganas orangnya. Aku mahu lelaki yang cool bila dia tengah marah. Kaki tangan tak cepat naik. Maksud aku tak naik kat atas tubuh aku pun (ada undang-undang kat dunia ni woii sekarang, berani dia buat), tapi lepaskan marah dia dengan baling barang-barang yang tak sepatutnya.

So, aku akan jadi takut pada lelaki yang macam tu. Aku cuba menjauhkan diri aku. Dan bila ada orang kenenkan tu, itu yang buat aku nyampah tu. Tambah-tambah kenenkan dengan orang yang dah kahwin, aduhai gila apa dorang ni. Jadi doa baru tahu. Mulalah nak maki nak ngutuk belakang. Tak habis-habis nak makan daging mentah je kerja dorang ni. Aisshhhh.....

Tau tak lelaki yang baik macam mana? Yang buat perempuan rasa macam nak cair je...
Lelaki yang romantik, bukan yang pada couple tu ya, sebab aku jenis "Say Tak Nak to Couple" ok. Yang romantik ada mak dan adik-adik atau kakak perempuan dia. So, insyaAllah dia akan jadi seorang yang romantik pada kita. Ada lagi ke kat dunia ni? Adik aku yang lelaki tu pun tak romantik dah sekarang sejak dah habis sekolah ni.

Lagi, yang tak merokok. Herm...aku boleh kata semua 10 orang lelaki yang aku kenal, hanya seorang saja yang suci bersih tanpa asap rokok. Adik aku yang lelaki tu pun dah mula nak bergiat dengan rokok. Sebab pengaruh kawan-kawan lah punya pasal ni. Walaupun kami bagi nasihat macam-macam dah dekat dia. Bagi aku, lelaki yang tak merokok ni adalah lelaki yang berjaya. Tau kenapa berjaya? Sebab dia tak mudah kena pengaruh. Leadership dia tinggi. (Tapi sebenarnya susah juga kalau ada suami macam ni, sebab dia tak nak mengalah dan pasti ego beliau sangatlah melampau).

Dan yang paling utama, ada agama dalam diri dia. Ini tunjangnya. Dan semua penyataan di atas akan menjadi, fuhhh, perfect dowh.  Aku sanggup membujang sehingga memegang status andartu kalau aku tak jumpa Mr.Right. Sebab, aku jenis tak sanggup menerima kesan dengan sikap terburu-buru. InsyaAllah, Allah mesti nampak  niat aku walaupun aku tak kahwin. Nabi pun takkan marah aku dan taknak aku sebagai umat kalau aku nak berimpian memiliki suami hampir-hampir iras seperti beliau.

Okey you all,
~SAY TAK NAK TO COUPLE~

Wednesday 19 February 2014

Cerita Aku : Aku mencuba Advance Slim


Aku sekarang ni tengah cuba-cuba produk ni. Sebenarnya aku penakut gila kot dengan benda-benda yang boleh dikatakan sebagai ubat-ubatan ni. Kalau mati aku tak kisah lagi, tapi part kalau aku sakit. Uishh....sapa nak jaga aku kan?

Aku dah habiskan sekotak. Aku tak timbang pon, sebab aku tak ada penimbang kat rumah. Dan aku lagi satu sepesis bila nak kena timbang depan orang ramai, menjelma sebagai kucing tetiba. Alah, penimbang public tu. Yang kena masukkan coin tu lah. Tapi aku agak berat aku dalam 70kg...Fuyoohh, beratnya.

Hasil aku dapat setelah sekotak aku habiskan, herm memandangkan aku tak timbang so aku tak tahu progressnya dah macam mana. Tapi tulah, asyik nak membuang jea kerja aku. Makan byk sikit, membuang. Tahi boleh tahanlah. Tapi kalau aku tak makan, rasa macam aku berak air jea. Hahaha....

Lagi satu, aku pakai benda ni aku bukan jaga pantang pun. Aku makan masih sama je macam dulu. Senaman? Hurm...tiap-tiap hari aku pergi kerja kira berjalan kan. Pecah peluh kot, dah tak payah nak senaman maman ni. Just makan aku masih tak boleh control. Nafsu aku kan aku bela banyak sangat. Semua jenis  kuat makan. Tak boleh nak buat apalah. Target aku nak habiskan tiga bulan bersamaan 9 kotak. Selepas tiga bulan aku update hasil aku samada aku muat atau tak aku pakai baju kurung aku raya tahun lepas yang sudah tidak padan tu. Dahsyat kan??!!

Saturday 15 February 2014

Cerita Aku : PERNAH KENA BULI


Dalam hidup aku ni, aku punya sahabat karib boleh bilang dengan jari. Sikit sangat. Selalunya aku mengharapkan ada sahabat karib dari kecil sampai besar jadi macam saudara rapat aku. Yang berkongsi cerita dengan aku. Berkongsi pendapat dengan pandangan. So, kawan aku semasa aku sekolah rendah, sangat sikit. Sebab aku muncul dalam darjah tiga. Mereka merasakan aku ni pengacau dalam hubungan mereka. Kerana itulah, aku tak boleh menjadikan mereka kawan. Ada yang pandang pelik dekat aku, ada yang kutuk aku dan siap ada yang buli aku lagi. Kerana aku dibuli, mereka tak pernah nak tolong aku. Sebab itulah, zaman semasa aku sekolah rendah, aku jadi tak ada hati.

Sekarang bila aku dah besar, mereka mula nak berkahwin, aku tak ada hati nak pergi bertandang kenduri mereka. Sebab aku rasa aku tak diingati. Aku pun tak pernah kenang mereka. Rasa sakit semasa sekolah rendah dulu, aku tak mampu nak hindari. Sebab sekolah rendah aku banyak pengalaman buruk. Kerana itulah aku fobia dengan lelaki. Zaman kecil yang mampu dikenang. Kegarangan abah aku. Dibuli oleh lelaki dekat sekolah rendah aku. Kiranya aku pernah jadi mangsa buli lah kan.?

Bila dah besar dan jumpa kaki buli, entah kenapa aku masih tak boleh maafkan dia. Dendam tu masih melekat dalam hati aku. Rasa tak selamat tu masih ada.

Aku rasa bila aku berkahwin nanti, bukan mereka yang aku panggil sebagai peneman aku. Aku akan panggil kawan kolej aku. Mereka semua rapat dengan aku. Aku sayang mereka. Dan ketika itu aku kenal erti berkawan. Begitu juga kawan sekolah menengah dekat Teknik Arau. Aku dari situ. Tapi sayangnya mereka ni semua bagaikan dah hilang komunikasi. Tak tahu berita. Yang sorang lagi dah sombong dengan aku. Aku tak tahu salah aku apa.

Thursday 13 February 2014

Cerita Aku : BUSY WIFE


Betul ke zaman sekarang ni masih lagi apply term "kerja dapur, isteri saja punya bahagian" ?....Aku tak lah rasa macam tu.

Ideologi pertama :
Isteri tak bekerja. Suami bekerja. Semua bahagian rumah, isteri yang buat. Memasak, mengemas, mencuci, mendidik dan bermacam imbuhan mem untuk isteri. Suami balik rumah, buka TV, mandi, duduk dekat meja makan, dilayan seperti raja, siap dihidangkan dan dilayan bertaraf hotel 5 bintang. Ok tak macam ni? Oklah kan sebab isteri tak bekerja.

Ideologi kedua :
Isteri bekerja, suami bekerja. Isteri balik kerja, ambil anak, ada sedikit masa, teman anak-anak pergi taman permainan. Riadah yang perlu bagi tumbesaran seorang anak. Buru-buru pulang ke rumah, mandikan anak, kalau mandi lewat takut sakit. Memasak, menghidang, siap melayan suami lagi. Melayan anak makan. Mengemas rumah kalau sempat. Membasuh baju mana yang sempat. Suami pulang kerja, buka TV, mandi, makan, letak pinggan dalam singki (tak apa isteri ada. boleh basuh. Kalau tak apa guna jadi isteri). Ok tak macam ni. Astagfirullahal'azim....kesiannya. Orang selalunya panggil suami macam ni adalah absent father.

Ideologi ketiga :
Bergiliran ambil anak, siapa pulang awal dia masak atau kalau tak tahu masak, meseg isteri tanya masak apa hari ni, bahan apa nak disediakan. Basuh pinggan mangkuk, jaga anak, kalau tengok isteri masih lagi bertungkus lumus membuat kerja, dia pergi membasuh baju. Sidai baju, gosok baju isteri. Wahhh!!! alangkah bahagianya rumah tangga. Saling tolong menolong dalam meringankan kerja. Saling memudahkan. Esok isteri pergi kerja, sentiasa bersemangat. Kerja produktif. Tiada tekanan. Tak mati awal kan!!

Kesian kan wanita zaman kini. Wanitanya yang masih lagi ditindas oleh rakusnya manusia bernama suami. Dah lah tidak pernah menolong, malahan siap ada lagi "demand",  herdikan dan marah-marah. Aku punya keluarga pincang dan ini membuat aku sedar, setakat cinta dan kahwin, itu tak pernah cukup untuk seorang isteri tidak membuat dosa. Kesakitan hati yang ditanggung oleh emosinya jiwa wanita itu telah menjadi racun dalam diri. Umpama bom yang menggunakan jangka masa untuk meledak. Bukankah itu sangat menakutkan. Kerana itu aku masih lagi membujang. Kerana aku takut aku yang emosi jiwanya, bagaikan bom jangka panjang yang ledakannya boleh disamakan dengan ledakan di Hiroshima dan Nagasaki....

Cerita Aku : ERTI IKHLAS


Cerita ni aku ambil daripada facebook milik aku. Dan aku kagum dengan ayat-ayat ni. Macam tu juga hidup aku. Apa yang aku buat orang semua pandang pelik dan puji lebih-lebih. Tapi siap ada yang puji berempah perli. Apa aku buat? Diam jea. Nak terangkan bukan mereka semua ni nak dengar. Biar masa make a right thing. Kan??

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

Tuesday 11 February 2014

Cerita Aku : The Sunny Day


Wahhhh!!! siang panas, malam pun panas. Sangat-sangat panas. Kan best kalau ada hujan. Bestnya ada kat kampung (Megat Dewa, Kedah), sebab siangnya sangat-sangat sejuk. Macam ada kat luar negara tuhhh....kat KL ni, siang pun panas, malam pun panas. Sampaikan rasa waktu nak menghirup udara segar tu rasa macam hirup wap air masuk dalam paru-paru. Pedih....

Aku selalu teringin nak ada negara yang bersalji. Tapi tulah kan, tak semestinya negara yang bersalji tu bagus sebenarnya. Serius aku cakap. So, pandai-pandailah nak cakap bersyukur. Andai kata aku jatuh miskin (Na'uzubillah), aku rasa kalau aku kat negara sejuk, aku dah boleh mati awal dah nie. So, beringatlah dekat orang yang miskin, hidup papa kedana. Merempat tepi jalan. Tak da rumah untuk berteduh. Macam negara Syria waktu salji melanda baru-baru ni. Bukankah sangat kasihan mereka tu....

Pandai bersyukur, jangan pandai banyak bunyi jea tahu....

Monday 10 February 2014

Cerita Aku : AKU TAK SUKALAH


Past Tense Hari Sabtu
Entah kenapa aku tak suka benar dengan office mate aku yang bernama Kak U...entah kenapa setiap tindakan dia, kata-kata dia, buat aku jadi menyampah. Ada maksud tersirat yang budak-budak umur 3 tahun pun tahu maksud dia cakap tu. Tak tahulah kalau aku terlebih buruk sangka kan. Huhuhu...

Yes, aku dah dinaikkan jawatan (actually, bukan naik tapi berubah), aku tahu kerja aku bukan macam biasa2 masa aku contract dulu2 tu. Aku tahu aku perlu lebih untuk bertanggungjawab dengan jawatan baru aku sekarang. Tapi aku rasa tak payahlah kot nak bangkitkan jawatan aku kot. Macam menyampah pun ada. Disebabkan kegeraman aku tak dapat nak dibendung, aku pun perli lah balik dia pun kena promote. Mestilah lagi bertanggungjawab. Aku tahu dia terasa, tapi ada aku kisah. Nak perli (tak tahulah sebenarnya dia tak perli pun. Aku terlebih sensitif kot) pun, pada-padalah. Aku tahu tanggungjawab aku. Dan satu lagi benda yang aku tak berapa suka dia juga, cakap banyak dan sesetengah yang aku tak percaya tu aku consider dia menipu. Kihkihkih......

Dia cakap kena belajar untuk menjadi back up orang lain if orang lain ada hal. Senang...but then, kenapa nama aku je naik???? Nama dia, sipi-sipi jea dia bagi kena tempias. Heh (-_-);
Mestilah aku faham kan maksud tu kan. Sedangkan masa aku contract pun aku kerja bukan main mengalahkan orang permanent jea gayanya kan. Kelemahan aku yang satu nie, aku tak reti nak melepaskan apa yang terbuku dalam hati aku kepada insan bernama manusia nie. Aku jadi lemah. Suara aku pula macam ketul emas tersangkut kat tekak ni. Aduhai Aku tu, kesian benar. Sebab tu bila nak marah, terasa macam lahar, tapi tulah, laharnya terasa atas tulisan jea. Mulut aku tak berapa nak lahar ni. Cili sikit-sikit tu adalah....heh

So betullah kata kartun kat atas tu, "So come up with something that I can accept"   (@_@);

Sunday 9 February 2014

Cerita Aku : Birthday Akan Datang


Bangun tidur dan pagi tadi aku dapat satu SMS yang mengatakan HAPPY BIRTHDAY!!! Hahahaha....birthday aku dah yang ke 25. Aku sudah menginjak tua. Badan sudah berkata, aku sudah tua. Dan aku sure benda satu ni, adik aku akan berbuat sesuatu pada aku macam baling tepung, lumur bedak kasi "cantik".

Dan baru-baru ini, aku kan telah mengenakan adik aku si L dengan sesuatu yang aku rasa beliau tak boleh terima. Iaitu melumur beliau dengan kek coklat hasil cebisan terakhir kami masak semasa beliau sedang nyenyak tidur. Kahkahkah...padan muka dia. Sebenarnya, bulan 2 bukanlah hari lahir dia, dia punya bulan 6. Tapi bila dia terkena, mula-mula dia nak marah, "kenapa buat dia macam tu". Tapi setelah aku wish happy birthday, terus dia tak jadi marah. Ini memang kesan manusia. Psikologi manusia.

Dan aku pasti, adik aku mesti suka aku boleh call dia dan cakap lama-lama. Benda aku tak suka cakap lama-lama dalam phone sampai telinga pun menjadi panas. Sampai otak aku pun dah mula sakit-sakit. Mungkin sebab aku tak suka bergayut so aku boleh sedar dan rasa yang sebenarnya gelombang telefon tu boleh buat manusia rasa nak mati. Tapi sebenarnya, manusia memang dalam term "nak mati"

Past Tense...
Tahun lepas dan tahun sebelumnya, boleh aku lupa nak guna call percuma tu. Sedar-sedar bila dan habis seminggu degan sia-sia. Yalah, aku nak call siapa. Adik-adik aku dan mak aku. Itupun sweet talk, makan apa, apa khabar, buat apa...then akan jadi hmmm and hmmm and hmmm. Sebab dan tahu nak cakap apa sebenarnya. Ngeh...ngeh..ngehh..

Saturday 8 February 2014

Cerita Aku : Dear Diary~



Dear Diary~

Untuk mereka yang terjumpa blog aku, ini diari aku. Diari ini sebenarnya aku tak harap orang jumpa. Sebab cerita ini, hanya aku dari sisi aku yang ada Qarin, syaitan dan juga hati. Hati aku yang kadang-kadang lebih kuat mengalahkan Si Raja Otak. Cerita yang aku cerita adalah cerita sebenar aku. Kenapa cerita dekat blog? Gila ke?

Herm, tak gila hanya aku ini orangnya banyak berahsia. Aku tak mahu orang lain tahu dan kenal aku itu siapa. Aku tak mahu, persepsi pandangan manusia yang agak menyakitkan si Hati aku ini. Aku orangnya yang lemas dengan pandangan manusia yang kadang-kadang tak mampu aku nak elak. Kalau tulis diari buku aku, orang akan baca, terbaca atau mencuri baca. Dan pandangan mereka terus berubah setelah melihat tulisan aku.

Aku walaupun berpakaian agak sopan santan, tapi hati aku tak lah muslimah mana pon. Ada sisi surut dan pasangnya iman. Ada sisi jatuh dan bangunnya diri aku. Dan yang pasti, aku tak nak orang yang kenal aku tu tahu apa hati aku tulis dan cakap.

So,
Maaf kepada sesiapa yang terbaca blog aku yang agak tak beriman ni ya. Sebab, aku nak meluah perasaan pada benda lain setelah Allah. Sebab manusia perlu meluah. Dan aku suka pada tulisan aku yang sisi jahat ini meluah, sebab aku akan cuba membaiki diri aku menjadi, yah the good one. The good one yang manusia respect kat dunia ini.