Thursday 13 February 2014

Cerita Aku : BUSY WIFE


Betul ke zaman sekarang ni masih lagi apply term "kerja dapur, isteri saja punya bahagian" ?....Aku tak lah rasa macam tu.

Ideologi pertama :
Isteri tak bekerja. Suami bekerja. Semua bahagian rumah, isteri yang buat. Memasak, mengemas, mencuci, mendidik dan bermacam imbuhan mem untuk isteri. Suami balik rumah, buka TV, mandi, duduk dekat meja makan, dilayan seperti raja, siap dihidangkan dan dilayan bertaraf hotel 5 bintang. Ok tak macam ni? Oklah kan sebab isteri tak bekerja.

Ideologi kedua :
Isteri bekerja, suami bekerja. Isteri balik kerja, ambil anak, ada sedikit masa, teman anak-anak pergi taman permainan. Riadah yang perlu bagi tumbesaran seorang anak. Buru-buru pulang ke rumah, mandikan anak, kalau mandi lewat takut sakit. Memasak, menghidang, siap melayan suami lagi. Melayan anak makan. Mengemas rumah kalau sempat. Membasuh baju mana yang sempat. Suami pulang kerja, buka TV, mandi, makan, letak pinggan dalam singki (tak apa isteri ada. boleh basuh. Kalau tak apa guna jadi isteri). Ok tak macam ni. Astagfirullahal'azim....kesiannya. Orang selalunya panggil suami macam ni adalah absent father.

Ideologi ketiga :
Bergiliran ambil anak, siapa pulang awal dia masak atau kalau tak tahu masak, meseg isteri tanya masak apa hari ni, bahan apa nak disediakan. Basuh pinggan mangkuk, jaga anak, kalau tengok isteri masih lagi bertungkus lumus membuat kerja, dia pergi membasuh baju. Sidai baju, gosok baju isteri. Wahhh!!! alangkah bahagianya rumah tangga. Saling tolong menolong dalam meringankan kerja. Saling memudahkan. Esok isteri pergi kerja, sentiasa bersemangat. Kerja produktif. Tiada tekanan. Tak mati awal kan!!

Kesian kan wanita zaman kini. Wanitanya yang masih lagi ditindas oleh rakusnya manusia bernama suami. Dah lah tidak pernah menolong, malahan siap ada lagi "demand",  herdikan dan marah-marah. Aku punya keluarga pincang dan ini membuat aku sedar, setakat cinta dan kahwin, itu tak pernah cukup untuk seorang isteri tidak membuat dosa. Kesakitan hati yang ditanggung oleh emosinya jiwa wanita itu telah menjadi racun dalam diri. Umpama bom yang menggunakan jangka masa untuk meledak. Bukankah itu sangat menakutkan. Kerana itu aku masih lagi membujang. Kerana aku takut aku yang emosi jiwanya, bagaikan bom jangka panjang yang ledakannya boleh disamakan dengan ledakan di Hiroshima dan Nagasaki....

No comments:

Post a Comment